Wednesday, November 19, 2008

Luahan hati...

Alhamdullilah...aku selamat menjalani surgeri on 10/11/2008.
Dan sekarang aku berdoa semoga Allah selamatkan dan lindungi kami supaya dpt menjalani kehidupan spt insan normal yg lain. Aku telah kembali bekerja setelah MC 9 hari. Sebenarnya ada baki seminggu lg mc tapi aku buat keputusan bekerja awal. Selain dr bosan berada di rumah, aku cuba elakkan gaji ku dipotong sbb mc yg sudah terlbh.
Bermcm2 ujian yg Allah beri pada ku. Selain dr ujian mengandung ini, masalah kewangan turut timbul. Sebelum ini agen insurans menjanjikn yg perbelanjaan rawatan aku sms surgery ini akan ditanggung. Tapi nyata keraguan ku menjadi nyata. Syarikat insurans tdk menerima. Alasan tidak termasuk dlm polisi sdgkn sebelum itu lbh dr 5 kali aku mendapatkn kepastian. Aku benar2 tertekan dan kecewa. Mcm2 yg aku fikirkan. Aku tak tahu siapa yg boleh memahami perasaan aku atau aku sendiri yg tdk pandai berkongsi dgn org lain. Aku selalu berkira2, apa hikmah di sebalik ujian ini? Tapi aku sedikit lega bila memikirkan lbh ramai org yg nasibnya lbh buruk dr apa yg aku lalui.
Sekurang2nya aku mampu mengandung cuma mengalami sedikit masalah. Aku tak tahu apa anggapan suami pd ku. Kdg2 aku rasa rendah diri dan cukup sensitif. Kalaulah dia memilih org lain sbg isteri mungkin tiada masalah ini. Tak perlu berbelanja besar utk mendaptkan zuriat. Aku juga berjauh hati dgn sikap suami yg begitu jauh dr apa yg kuharapkan. Kdg2 aku rasa akulah isteri yg gagal. Banyak yg begitu berbeza dr apa yg aku impikan tapi aku tak mampu berterus terang dgn nya.

Saturday, November 8, 2008

2nd appointment

Agak lama berehat dr mengupdate blog ni. Setiap kali access internet aku sibuk baca blog kawan2. Walaupun dah ada line sendiri tapi masa terhad. Kena tunggu aina tidur baru boleh on. Kalau tidak habis setiap key atas keyboard nie dia nak tekan2. Some more aku lbh suka baca blog kwn2. Lbh bnyk kisah dan cerita mereka. Kehidupan aku sama jek.
Kadang2 aku rasa bosan melalui hari2 yg sama. tapi life musy be go on.
Semoga satu hari nnt aku akan bertemu dgn apa yg aku impikan.

Semlm dpt call dr Wir. Thanks Wir sbb masih ingat aku. Kebetulan aku masih on mc utk hari ke3.
Itu lah aku..setiap kali aku pregnant, mesti mc aku aku berjela2. Problem yg sama ketika aku mengandungkan aina. Bleeding! And after confirmed, aku kena buat lagi circlarge utk kali keduanya. Masih buat dgn doktor yg sama. Dr Noor Aini dr Puteri Hospital. Dia masih ingat kes aku 2 tahun lepas. Tapi kali ni aku lbh bersedia mental. Mungkin usia kandungan yg masih awal ( minggu ke 14), kebarangkalian berjaya adalah lbh tinggi sbb bukaan cuma 1cm berbanding sebelum ini rahim aku telah bukak 3cm pada usia kandungan baru mencecah 24 minggu. Hampir2 aku kehilangan aina, tapi mmg Alllah Maha kuasa menentukan segalanya.

Isnin ini, aku akan kembali ke Puteri utk prosedur yg sama. Masalahnya cuma Aina. Pening aku memikirkan bagaimana dia nnt bila aku di wad. Seakan dia tahu keadaan aku, ragamnya semakin menjadi2. Mcm2 kerenah yg tak pernah dia buat muncul satu2. Merengek sepanjang hari di taska dgn memanggil2 "IBU, IBU!". langsung tak mahu dgn ayahnya sampai salam pun tak nak. Kencing semasa aku sdg sibuk mencari bajunya setelah selesai mandi. mengamuk2 tgh2 mlm bila sedar dr tidur. Kdg2 aku seakan hilang sabar dgn kerenah nya. Korang tahu apa yg dia sdg buat sekarang, mengetuk2 jeli dgn bontot cawan atas lantai. sibuk sgt nakkan jeli tu. bila bagi itulah yg dia buat.

Rumah aku tak yah cerita. Bersepah2 mcm anak 7-8 org. Aku letih lipat kain, tahu2 nnt dah bersepah balik sbb hobi aina yg suka selongkar kain baju yg dah dilipat.
Subhanaallah...

Aku rasa something sekarang. Aku tak tahu apa tapi aku mcm sdg berfikir masalah yg berat. Aku under stress ker? Atau itu mmg emosi ibu mengandung? Cemburu dgn org lain dan mcm2 lagi.

Berjumpa kembali minggu depan. Semoga segalanya berjln lancar dan segalanya selamat.
Aina telah kembali mengganas.

Sunday, September 7, 2008

Salam Ramdhan

Salam Ramadhan buat semua.

Jadual di bulan puasa ni seakan berubah bg aku. Mungkin baru semiggu so aku belum lagi dpt mengadaptasi dgn pertukaran jadual harian. Ada waktu2 aku rasa begitu letih & tak mampu berfikir.

Bangun seawal 4 pg utk menyiapkan sahur dan kemudian meneruskan hari2 spt biasa di tempat kerja. Terasa masa begitu cepat berlalu sehingga selalunya aku tak sempat nak pulang ke rumah utk menyiapkan juadah berbuka. Sedihnya...Aina akan merupakan org yg paling akhir tinggal di taska sbb parents lain akan pulang awal pd bulan puasa nih. Melayan Aina membuatkn aku tambah letih. Dan aku akan ikut sama tidur bersamanya. Dan kesannya...aku rasa komunikasi dgn husband semakin kurang.

Sepanjang minggu lepas tidur aku terganggu dgn kerja2 di office yg sentiasa tertangguh. Setiap hari mesti ada benda yg aku kena buat, tapi aku tak nampak mana effectivenya semua2 yg dia suruh buat tu. Tension betul aku. Aku naik menyampah tengok muka dia.
Padan muka ..aku tinggalkan jer tadi. Mana larat nak ari2 balik jer dah terlepas waktu berbuka.
ehheeh..esok lain cerita. malas nak fikir.

Membaca blog Fajar membuat hatiku tersentuh. Semoga kalian tetap sabar dan kami sama2 mendoakan semoga putera mu kembali sihat dan mampu berjuang utk sama2 menikmati hidup di bumi ini.

Saturday, August 23, 2008

new boss & 2nd birthday...

I got new boss now. Officially on last Monday. By right i should be happy coz got some person will monitor my job and have somebody to protect us and be the intermidiate to top mgmt. So far i sooo blurr. I need to report to production manager. It's not right...i take care of QA...but so different with ST QA. QA is only for outgoing! And I become blurr and blur with the politic here. Soo..headache.

But..new boss mean...new jobs = more jobs awaiting me. There is a long list need to be done by next week. Emmm..no more ular2. Hehhehe..2 months i really enjoy my time.

Tomorrow my sweet heart will be 2 years old. HAPPY BIRTHDAY AINA.....
Ibu doakan semoga aina jadi anak soleh...jadi anak yg bijak dan berjasa. Jgn nakal2. Ibu kalau boleh x nak marah2 aina. Tapi kdg2 ibu out of control. Semoga Allah kurniakn hati ibu spy jadi lbh penyabar.

Tak lama lg Ramadan akan menjelang. Terlalu cepat masa berlalu dan apa yg dah dicapai selama ini? Semoga Ramadan kali ini akan membawa lbh makna dan erti kpd kami. Semoga aku diberi kekuatan utk menyempurnakan ramadan kali ini dgn lbh meriah. Bukan setakat beraya dgn baju baru dan open house, malah lbh dari itu.

Monday, August 18, 2008

kembali 18082008

Salam...

Heheheh..punya lah lama aku x menginternetkn diri. Sekarang dah tak susah, aku dah pasang line sendiri. Hehheehh yahoo....x yah g cc lagi. Ermm bestnya. emm tapi kn kenalah tambah satu lg bil bulanan.

So..aku blh update blog ari2. Fadzila..aku tgk blog ko dah berubah rupa. Tapi x sempat nak baca lagi.
So..sekadar nk bgtau...aku dah kembali.

OK..nk melawat blog2 korang.
so..jumpa lagi semua.


salam..

Saturday, July 5, 2008

I'm back..

Kesian aku..bila dah start keje baru tiada kemudajan internet. Tu sbb aku stop berinternet tu. Ni ambek kesempatan g cc tuk bukak email.
Mesti budak2 kt cc ni dok jeling2 aku sbb aku angkut si aina dgn botol susu nya ke cc.
hehhehe.

Nana...
Aku nmapak nama Marsoni dlm drawing2 kt ASM. Dulu dia keje kt tmpt aku keje skrang.
Hehheeh..selalu ingat ko klau nampak nama dia.

ok..
semoga berjumpa lg.


salam.

Monday, May 12, 2008

Jammed!!

Hati ini jadi sungguh tak keruan.
Berita yg kuterima mlm tadi sungguh2 terkesan dlm hati aku sehingga terbawa2 dlm tidur.
Mana mungkin aku boleh melupakannya.
Satu yg pasti aku begitu takut sesuatu yg tak diingini akan berlaku. Ya Allah, hanya padaMu kami memohon. Tunjukkan kami jalan yg benar. Sinari hati kami dgn cahaya iman Mu.

Thursday, May 8, 2008

CW19 updated!

Sebenarnya otak aku pening sbb...mungkin pengaruh blog Faisal Tehrani. Dari minggu sudah aku tertanya2 apa isu sebenarnya. Aku mula mengikuti catatan FT melalui pautan blog dr list Fajar. Bermula dr saat itu terasa aku sebagai salah seorang peminatnya. Secara diam aku mengagumi peribadi beliau melalui tulisannya. Dan setiap Selasa aku tidak ketinggalan membaca siri Ketupat Cinta dlm slot Hati di Harian Metro. Sekali lagi otak aku buntu bagaimana mahu mengaitkan watak2 dlm cerpennya itu dgn senario sekarang. Yah..mmg betul FT mampu mempengaruhi cara aku berfikir dan menerima dunia kini.
Yang menjadi persoalan sekarang dan aku masih mencari siapakan yg benar2 boleh menjelaskan secara benar apa yg dimaksudkan dgn Syiah, yg diwar2kn oleh Mufti Perlis itu kepada FT. Tetapi otak aku buntu sbb tiada siapa yg boleh ku ajak berbincang.

Untuk sahabatku Nana,
Kalau kau terbaca blog ni, boleh kau rujuk dgn yg arif di sana sementara kau berpeluang menghadiri kelas2 utk belajar?

Terbaru aku terbaca satu artikel yg mengusulkan utk membuat satu perjumpaan utk blogger2. Ermm lambat betul depa nih. Dah lama dah benda ni bertapak baru sekarang nk sedar. Anyway, kalau bukan kesannya ke PRU 12 yg lalu, mahu tidak akan terperasan dgn teknologi blog. Tapi bila ckp pasal gathering ni teringat plak yg Astro @15 pun dah buat gathering utk chatters2 depa yg tegar.

Kebelakangan ini aku mula berkenal2 dgn rawatan perubatan Islam. Hari2 aku melawat web2 berkaitan Darussyifa & yg seangkatan dgnnya. Elok jer aku start berkenalan keluar pula berita di akhbar tentang perawat yg menyeleweng! Huh, kes itu buat aku sedikit kendur tetapi aku tahu itu mungkin perawat palsu yg berselindung di sebalik nama rawatan Islam. Sungguh hal2 yg sebegini akan mencalarkan nama baik pusat yg diwakili.

Isu kenaikan harga makanan asasi turut memberi kesan. Sedihnya bila setiap hari berita di tv memaparkn berita yg ramai manusia di luar sana saling bergaduh sbb nk dptkn makanan. Sehingga sanggup membeli kerak roti utk dimakan yg biasanya digunakan utk makanan haiwan ternakan. Tetapi kita di sini berpenyakit sbb terlebih makan dan mereka suffer sbb tak der makanan. Dan sedihnya bila dengar berita ttg taufan di Myanmar yg mengorbankan beribu2 nyawa yg kebanyakkannya anak2 kecil yg tidak tahu apa2. Bila sebut ttg Myanmar aku teringat akan satu dokumentari di Majalah 3 yg menunjukkan betapa negara itu masih jauh ketinggalan. Bagaimana mereka boleh merentasi sungai sempadan Thai setiap hari dgn menaiki tiub yg dibuat spt rakit dan hanya dikayuh dgn tangan atau kaki shj? Aduh, bagaimana kalau aku di tempat mereka? Syukurlah....keadaan aku terlalu selesa berbanding mereka.

Oh ya...utk merehatkan otak, hari minggu lepas aku ikut hubby pergi pertandingan memancing GP Joran di Desaru. Biarlah dia nak rasa. Bila dah tahu peritnya dibakar terik mentari dan letih lesu menunggu umpan disambar ikan, puas hatinya. Mungkin lambat sikit keteringinannya utk menyertai mana2 pertandingan memancing selepas ini.

Ayah: sedang berusaha utk meleraikan joran yg tersangkut. Aina, Ani & Nabil tolong berdoa semoga dpt ikan besar.
Kepada semua ibu...


Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU.

Semoga Allah memberi kita lebih kekuatan utk menjalani hidup akan datang dgn lebih cemerlang..Insya Allah.
























Wednesday, April 30, 2008

Dari Slot Harakahdaily.

Sinar cahaya ayat Al-Kursi

Lukman Hakim Fri Apr 18, 08 4:13:02 pm MYT
Hari Jumaat ini (18 April) ada beberapa e-mel saya terima sebagai panduan hidup. Ini adalah salah satu daripada e-mel itu untuk dikongsi bersama pembaca.

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap shalat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Duniamu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu. Yang baik daripada Allah, yang tidak elok atau kurang tepat, kelemahan saya jua. Harap dimaaf jika ada kesilapan. �

Wednesday, April 23, 2008

Menghitung hari....

Semenjak aku hantar resign letter ke HR Sumber Terang, kerja makin bertambah2 plak. Masalahnya kerja yg melibatkan complaint2 dr customer. Malas nya nak jawab. Bosan plak nak menghabiskan notis sebulan ni. Hehhehe dah tak der motivasi nak berkerja.

Tapi apa pun, since aku masih ambik gaji dr Sumber Terang, seharusnya aku membayarnya semula dgn kerja yang sepatutnya dilangsaikan.

Sewaktu surat ku berikan kepada Ravi langsung dia tidak memandang ke arah aku mahupun surat ku. Beza dgn Noordin, mula dia agak terperanjat sbb dia yg mengusulkan aku hantar resign letter sbg ugutan naik gaji. Hhhehe itu trend lama , boss. Tapi aku mengesahkannya dan kata ini bukan olok2. Tidak mahu terpengaruh dgnnya aku terus tinggalkan dia dan esoknya big boss panggil aku. Actually aku tak berapa rapat dgn Mr Woo since lbh bnyk keje aku deal dgn Ravi dan Noordin saja. So bila dia mula start ceramahnya aku cuma dengar tapi tak masuk otak. Last2 dia offer aku gaji baru. Tapi still kurang dr apa yg aku dpt...hehheheh aku pun angguk2 buat2 faham bila dia suruh reconsider then aku pun call ASM dan confirmed bila boleh mula.
Dan sekarang secara rasmi my last day in Sumber Terang will be on 20th May. Will start with ASM on 27th May.

So aku ada lbh kurang seminggu utk dimanfaatkan. And thanks to my hubby ....setelah dpt persetujuan dia benarkan aku bercuti seminggu. Dah lama sebenarnya aku teringin nak melawat rakan2 lama di Muar. Pastu nak melawat anak saudara baru ku di Lumut, Perak. Dan anak2 saudara di Shah Alam. Lama sungguh aku tidak menziarah pusara arwah anak ku. Semenjak aku dapat Aina, pusara Siti Fatimah tidak kujenguk. Aina masih kecil hendak ku bawa ke kubur, nak ditinggal di rumah dia enggan dgn orang lain. Sudahnya aku mengalah dgn tinggalkan niatku menziarah Siti Fatimah.

Esok, birthday Noordin yg ke 50. Seperti Vincent Law dulu, Noordin juga kuanggap seorang boss yg baik. Aku selalu ingin berjumpa semula dgn Vincent. Sejak dr majlis perkahwinanku dia langsung tidak kutemui malah nombor telefon juga gagal dihubungi. Aku dengar dia sudah dapat menantu mungkin sekarang dia sudah bergelar datuk. Dia sendiri berumur 2 tahun lbh tua dr ayah ku. Ahad lepas, Noordin juga telah mendapat menantu. Mungkin setahun dua lagi bakal naik pangkat jadi datuk pula. Hehehe..rasa kelakar plak sbb fizikalnya Noordin nampak aggresif dan muda. Cuma Ravi sahaja yg belum walaupun umurnya hampir menginjak 60thn. Yer lah anak dia masih muda sgt. Hari tu dia nasihatkan aku supaya merancang anak kedua dlm tempoh 6 tahun. Ermmm patut la anak dia belum kahwin, terlalu merancang rupanya! hhehehe.
Mungkinkah aku akan dapat boss2 seperti mereka di tempat baru akan dtg?

Monday, April 21, 2008

Hahaha. peduli apa

Melampau ker title entry ni?
Semlm terbaca paper muka depan lagi ttg teknologi blog & blogger. Dan tak tahan tu ada komen pasal isi blog yg mengarut2 dan patut dibakul sampahkan.
Heheheh..cam fadzila ckp, ini kan blog kiter so suka ati lar nk tulis apa kan?
Sebenarnya terasa diri sendiri.
Anyway...tak sumer org pun view blog kiter. Statistik menyatakan ada lbh 500 000 blog di Malaysia nie.
Aku rasa nnt kalau semua pak menteri dan exco2 dah ada blog, mahu berganda angka statistik tu kan???

Tak kira..nk cerita jgk.
Hehehhe. Semlm gi piknik. Ajak Aina main air laut kat Tg Balau. First time Aina mandi laut. Huh huh..mula2 takut jugak, pastu baru nk ok, ayah dh ajak balik. Dah start panas katanya. Nasib baik tak terbakar sgt. Actually ayah saja nk cuba Satria Neo baru Cik Wan.
heheheh..baru cat jer. Tak best ler.. susah nk kuarkn brg sbb 2 pintu.

And one more thing, I got new job offer at ASM Technology.
Now, preparing resignation letter from Sumber Terang.
Sedih bila ingat akan kelam kabut di Sumber Terang nnt, tapi aku kena fikir jgk ttg masa depan. I don't have strong technically knowlegde in die casting. I still depend to my Mr Noordin to support me in technical issue. And there is so limited places if I want to quit from this company in this field. So, I turn back to semi cond. By right, ASM is ST Micro supplier. Hope I can learn and get more in future. To be frank, ok...I get more offer in ASM. That the main reason..some more Saturday will be off day! But don't compare to others larr.
Could I stay in semo cond? Hopefully I could. In ST Micro I found some colleuge could lasted till retire. But in die casting I never saw any women more than 40 years works here.
But kena jgk fikir cara lain. Takkan nk mkn gaji sampai tua kan?
ermm...bila lar nk running bisnes sendiri.

Saturday, April 19, 2008

Kembali...



Seminggu meninggalkan blog tanpa diupdate. Ralit membaca blog org lain sehingga tak berkesempatan bercerita ttg diri sendiri.
Seminggu lepas berlalu dgn begitu pantas. Sedar2 Sabtu telah muncul semula. Ya begitu pantas masa meninggalkn kita.
Hujung minggu lepas kami balik kampung. Yehhh...aku rindukn kg sebenarnya. Tapi spt biasa si anak belum terbiasa dgn saudara2 dan enggan lepas dr aku. Emak mertua buat majlis sempena Maulidur Rasul. Adik iparku mengambil kesempatan mengakikahkan anaknya. Dapatlah kami merasa daging kambing akikah. Semoga Muhammad Hazim Hanafi menjadi anak yg soleh. Amin.

Sesekali berkumpul bersama ipar duai dan biras2 mcm2 yg dibualkan. Dan topik yg selalu top ialah...turn siapa pula yg mengandung kali ini? Heheheh seperti biasa ibu mertua ku pasti menerima cucu baru setiap tahun. Paling tidak seorang, malah ada satu tahun tu 3 org sekali.
Dan aku lbh2 curious, aku kah calonnya? Ermmm...tidak pasti lagi. So..nantikan keputusannya bulan depan.
Minggu lepas kami diuji sekali lagi. Permohonan adik ku yg bongsu gagal utk ke pusat matrikulasi KPM. Juga permohonan utk ke PPUM.Kami turut merasai kesedihan adik. Emak bertambah risau memikirkan nasib adik. Semoga dia ada rezeki di tempat lain. Permohonan penempatan ke IPT melalui UPU hanya kan diketahui bulan Mei ini. Tetapi kami mengesyorkn supaya adik membuat rayuan. Tempoh rayuan dibuka sehingga 30/4/2008 ini utk ke matrikulasi KPM.
Cik Com akan memulakan latihan praktikalnya mungkin dlm minggu depan. Baik2 cik com bawak motor di Shah Alam tuh.
Bila mengingatkn adik2, terasa makin cepat masa berlalu. Aku masih ingat waktu2 adik dan cik com sewaktu masih kecil dulu. Terasa sgt bila sekarang cik com bakal buat latihan praktikal utk degree nya. Insya allah..ada rezeki dia akan mula bekerja tidak lama lagi. Sungguh anak2 emak sudah besar sekarang. Tak kan aku lupa aksi2 mereka sewaktu kecil dulu. Cik com agak pendiam org nya tetapi adik agak agresif. Ada satu ketika sewaktu aku merakam gambar mereka, gambar adik tetiba ada kelibat cik com di belakangnya.
Dan begitu jgk, gambar cik com tersembul muka adik plak.

cik com, aina dan adik
Berbeza dgn adik2 lelaki ku. Perwatakan yg agak kontra. Dan ternyata kini adik ku yg ketiga kekal dgn karektornya dgn menyertai TLDM.



Adik ku yg ke 4 agak pelik. Aku masih ingat selera dia yg agak janggal dgn makan nasi berlaukkan pisang masak waktu umur 4-5 tahun begitu. Sehingga sekarang dirinya sukar dimengerti. Tak tahu bagaimana bakal isterinya mahu memahami. Dan nasibnya sama spt aku, tercampak dlm kilang yg sentiasa sibuk dgn production, yield and etc...

Semalam aku menghadiri satu temuduga. Insya allah, ada rezeki mudah-mudahan aku berjaya mendapat tempat di situ.
Pagi ini aku terima sms dr emak. Satu berita sedih. Sepupu ku di wad HSA JB kerana kemalangan. Dia sebaya adik. Sedihnya, sewaktu kami sibuk2 mahu mencari tempat utk adik, tapi pak cik ku ini lebih sibuk menanti anaknya di wad.

Semoga Ika cepat sembuh.

cik com semasa konvo diploma

Monday, April 7, 2008

Resepi Steamboat


Semalam hubby bwk gi makan steamboat kat Johhny's .
Sedap tu mmg sedap tapi tak dpt menikmati sbb Aina sibuk turun naik kerusi dan begitu aktif dgn aktivitnya mensepah2kan segala benda2 di atas meja.
Habis nasi semua terabur atas meja,kerusi dan lantai. Dan siap pijak2 lagi.
Ada sorang minah nie, sedari awal dia dah jeling2 kat kami.
Aduh..letihnya.

So, rasa mcm nk cuba jek buat sendiri kat umah.
Nnt kalau experiment ni berjaya, boleh ajak kawan2 ker, saper2 tolong memeriahkan lagi suasana layan steamboat di rumah ku.
Sapa nak join? Sila buat tempahan yer...hehehhehehe mcm menjadi lagaknya.

Dapat cari satu resepi yg agak2 boleh ditry di rumah.
Moga2 berjaya.


STEAM BOAT ORIGINAL PAK AMIR

PENYEDIAAN SUP
Di peringkat pertama ini ialah kita perlu tahu bagaimana hendak menyediakan supnya. Sup sangat penting kerana ia merupakan bahan utama untuk memasak lauk yang ada nanti. Penyediaan sup yang tidak selasi dengan citarasa Steam-Boat akan merosakkan keseluruhan juadahnya nanti.

Penyediaan sup amat mudah, dapatkan satu rangka ayam (boleh diperolehi dipasar) dan rebuskannya dengan 4 - 5 liter air dalam periuk. Tidak perlu ditumis atau buat apa-apa, hanya potong rangka ayam itu kepada beberapa bahagian dan masukkannya ke dalam periuk dan masak selama 1.5 - 2.0 jam sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 1.
Anda juga boleh masukkan beberapa ketul isi sengkuang jika mahukan kemanisan tambahan.

Selepas tempoh masakan tamat, asingkan (buang) semua tulang-tulang ayam itu sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 2 dan kemudian masukkan 3 - 4 sudu teh garam (secukup rasa).Selesai bahagian Sup.

Sup ayam ini akan dipindahkan ke dalam periuk nasi sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 3 dan hidupkan aliran elektrik periuk nasi elektrik tersebut. JANGAN GUNA PERIUK NASI NON-STEAK NANTI KULIT UDANG / LAUK PAUK AKAN MEROSAKKAN PERIUK TERSEBUT NANTI.

1. Bahan-bahanSecara kasarnya, segala jenis lauk boleh dijadikan sebagai sasaran bahan Steam-Boat. Namun biasanya beberapa bahan utama dipilih. Sila rujuk lagi 4 gambarajah yang dikepilkan bersama.

Bahan-bahannya semua dipotong besar-besar begitu.

Bahan-bahannya :Berbola ikan
Berbola Sotong
Berbola Ketam
Kek Ikan¨ (Segala jenis berbola dan kek ikan yang halal boleh diperolehi di mana-mana pasaraya dalam bungkusan siap tanda hala di situ)
Udang - (Dikunting janggut)
Sotong - (Dibelah dua memanjang, asingkan kepala sotong dan buang matanya)
Cuttlefish (Sotong Kembang)
Ayam - (Dibuang tulang dan dipotong memanjang)
Sea Cucumber
Tau-hu Keping
Cendawan
Mee kuningBihun - (direndam dan dilembutkan dulu)
Telor ayam
Wan Tan - (Resipi Cara membuat Wan-Tan pernah disiarkan sebelum ini, tak ada pun tak apa!)Aneka sayur - (Selalunya lobak putih atau sawi pendek macam dalam gambarajah, daunnya biar sehelai besar-besar)
Dan, tidak kurang pentingnya iaitu sos cili.

Pak Amir malas nak buat sosnya. Anda boleh buat sosnya daripada resipi yang pernah disiarkan sebelum ini, sos cili Cf. Wan. Pada Pak Amir, terdapat satu sos cili yang begitu sesuai untuk hidanganan ini ialah Sos Cili Deli'sCf yang boleh diperolehi dari mana-mana kedai Cosway. (Pak Amir beli daripada Mak Amir sahaja sos cili enak ini...hehehe)

1. Penyediaan/cara memasak
Dalam bab 2 tadi, segala bahan telah disediakan dan dihiaskan atas piring dilapit dengan daun sayuran. Dalam bab penyediaan Steam Boat ini pula, ianya mudah tetapi perlu sedikit kesabaran.Selepas dimasukkan bahan lauk tadi, tutup tudung periuk nasi dan sabar menunggu sehingga ianya mendidih dalam masa lebih kurang 5 - 10 minit.Selepas kelihatan periuk nasi dan mula berasap (bukan terbakar yer), segera buka tudung periuk nasi, jangan tunggu lama-lama nanti lauk kurang manisnya. Lihat gambarajah 6.Di peringkat ini, ianya boleh dihidangkan 3 - 4 orang dan boleh keluarkan semua lauk dalam periuk nasi dan, masukkan semula sebahagian lagi lauk mentah yang masih belum dimasak. Ulangi proses penyediaan semula sementara sedang menikmati juadah Steam Boat buat round pertama.Bila hampir selesai masak round pertama, rasanya lauk dalam periuk nasi tadi dah mula masak, dan sekali lagi buka tudung periuk nasi untuk hidangan round ke 2 segera.

1. Kemuncak Hidangan Steam Boat Original Pak AmirDah di peringkat ini bolehlah kita makan yer... musim hujan-hujan sejuk gini memang tangkap maut gituh dengan Steam boar Original Pak Amir.Lihat gambarajah SteamBoat Hidangan 1 yang Pak Amir kepilkan.Masukkan separuh/sebahagian daripada setiap piring lauk (termasuk sayuran) tadi ke dalam periuk nasi yang telah diisi dengan sup, jangan lupa hidupkan aliran elektrik periuk nasi tadi (jangan bimbang switch periuk nasi tidak akan naik dan matikan arus elektrik).

MUSTAHAK
Setelah semua lauk dimasak dan dimakan, cuba anda minum sup dia pula kali ini. Emmm...sungguh-sungguh manisnya sekali. Sangat berkhasiat sekali. Segala khasiat lauk ada dalam sup tersebut. Waktu ini, anda boleh masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya, ulangan proses penyediaan memasak tadi. Bila dah masak, boleh makan bagi sesiapa yang masih belum kenyang lagi.Aaarrrkkk...Alhamdulillah, dah Pak Amir dah kenyang nih. Korang bila lagi…?Jadikan Hidangan Steam Boat Original Pak Amir sebagai satu kenyataan dan dihidangkan di rumah bersama keluarga anda hujung minggu juga! Jangan lupa...- TAMAT -Sekian, wassalam.Pak Amir Pak Dollah.


Sos chili dari Chef Wan yer....SOS CHILI CHEF WAN
Bahan-bahan A
8 batang chili merah dimesin halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan gula halus
¼ cawan air
¼ cawan cuka
4 camca besar sos napla
4 camca besar kacang tumbuk

Cara-cara membuat
Di dalam periuk masak bahan-bahan A sampai pekat umpama sirap gula. Sebelum dihidangkan ditabur kacang tumbuk

Friday, April 4, 2008

Tazkirah Jumaat

From Kak Long email.

(thanks kak long.... miss u a lot, actually more on our memory.
really miss our time that we shared before).

Teknik Bertengkar Secara Positif (untuk yang sudah berkahwin ;P)

Rasulullah bsabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengahsyurga."(Riwayat Anas Bin Malik)

Tdk indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan pbalahan bpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'Pgaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pgaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan. Jika pgaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan tlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:Pnahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan utk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri. Jteru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dsbnya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yg akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. *Jgn terlampau banyak bercakap* - Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tdk diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan2 dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. *Jgn menyebut kelemahan pasangan* - Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dgn mengungkit kelemahan dia, anda turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini ttp menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. *Jgn membalas perbuatannya* - Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bhw perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. *Jgn cuba mengubah pasangan* - Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat pbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pd masalah - Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jgn tinggikan suara - Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan mjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakn panggilan manja - Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. *Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah **'aku'** dan **'kau'**.*

8. Elakkn terlalu emosional - Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikataknnya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakn perkataan yang baik-baik - Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jgn bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur - Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri - Mungkin perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bkn sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jgn bergaduh di depan anak - Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu/bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bsabar - Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.>

14. *Say **NO** to third party* - Selagi tdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tdk bererti kalah - Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. *Jgn keluar dari rumah sebelum selesai* - Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bgaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. ini menyebabkn dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasn akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya/anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua. !

17. Luahkn - Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis bbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukn dan kemaafan - Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik utk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel d atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di _www.books.perintis.com.my

Wednesday, April 2, 2008

Usrah

Sedikit ilmu yg dicedok dr blog sseorang.



20 AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah-Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa-Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah -Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa-Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah-Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain-Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat-Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk-Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah-Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)-Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah -Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu-Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa-Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya-Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal-Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

Nenek and cucu-cucu.




Hari nih baru berkesempatan tgk friendster cik com. Hhehehe..ada gambar nenek dgn cucu-cucunya. Sorang jek tak dek..Nain. Emm bila lah Mak Ngah nak jumpa Nain yek.



Tgk, Aina mmg besar compare dgn kakak Ain. Tapi sapa sangka, Aina badan jer besar tapi kalah dgn kakak ain. Balik kg ari tuh, kakak ain gigit aina. Pastu, aina yg takut dgn kakak ain.

Gambar nie ambek masa Pak Andak nak convo. Nenek pakai jubah dan topi konvo Pak Ndak.
Hehehhe..bila tgk gambar ni rasa rindu kat nenek. Mesti nenek pun rindu kat kami.

Cik Com, kalau ada gambar2 yg lain,bg ler kat Aina.
Nnt ibu bole update dlm blog.

Tuesday, April 1, 2008

Kacau!

Sedari hari Sabtu yg lepas aku perasan Aina mcm tak sihat. Risau memikirkan dia tak mahu menyusu. Ditambah Ahadnya kami membawanya ke kenduri kahwin rumah rakan. Dia apa lagi semakin meragam dan tak mahu tidur, menyusu apa lagi. Aku semakin letih melayan kerenah dia dgn ditambah suasana sesak dgn kedatangan tetamu. Hati ku meronta mahu pulang ke rumah. Tiada sedikit pun kemeriahan kurasakan. Agak terlalu begitu mementingkan diri tapi itulah yg aku rasakan. Aina terus terlelap semasa aku memangkunya dlm kereta. Dan malamnya dia kembali dgn resahnya. Ya demam anak ibu ni. Semlm aku membawanya berjumpa doktor. Alhamdullilah, tidak berapa serius. Aku bimbang sbb nafasnya agaknya berbau. Jangkitan kuman doktor menjelaskan.
Malam tadi dia tidur agak lena selepas makan ubat. Ada peningkatan, Aina sudah tidak liat lg makan ubat. Senang saja aku suap dan dia telan. Agak ubat tu sedap pada lidah dia.
Bangun pagi tadi badannya agak panas sikit. Tapi dia ceria berbual2 dgn aku. Mengejutkan ayahnya bagun tidur, tapi tak mahu tinggal di taska. Sedih tinggalkan Aina waktu dia tak sihat begitu. Mesti dia mahukan lebih belaian. Terfikir bagaimana keadaannya nanti jika aku mengandung lagi.

Aku mencuba amalan yg disyorkan oleh Ustaz Ahmad ttg penawar utk gangguan haid. Alhamdulliah, nampaknya ada kesan positif. Tidak memerlukan belanja yg besar, cuma tawakkal pada Allah dan istiqamah. Insya-Allah, aku berdoa semoga usaha ini diperkenankan Allah.

Aku mula berminat pada rawatan alternatif sekarang. Bukan menolak rawatan teknologi moden tapi seperti yg diterangkan oleh pengasasnya, ia lebih kepada usaha. Ya..semua masalah bermula dari dlm diri sendiri. Dlm kehidupan hari ini kita lbh banyak didatangi pelbagai masalah yg mengundang stress. Dari itu, perlu ada cara dan ilmu bagaimana mahu menangani stress supaya ia tidak meracuni peribadi. Seperti aku, kdg2 aku sendiri tak tahu apa yg aku mahu. Kdg2 aku rasa hidup mcm tiada langsung warna2 keceriaan. Semuanya pudar dan malap. Aku semakin hilang arah. Segalanya seperti ada yg tidak kena. Macam2 yg aku rasa, benci,marah,bosan,tak puas hati, sedih dan mcm2 lagi. Aku boleh tiba2 menangis tanpa apa2 sbb. Sensitif walaupun ia berpunca dr benda yg terlalu kecil. Entah aku sendiri tak tahu apa punca.

Semoga ada jalan penyelesaian utk ku.
Ingin sekali aku merasai hidup yg ceria dan warna warni.

Friday, March 21, 2008

PCOS .....

Aku bleeding lg. Bukan waktu yg sepatutnya. Aku rasa Norculat yg Dr. Noraini cdgkn tak memberi kesan positive pada aku. Bulan lepas my period ok. Tapi with 4pcs a day of Norculat. Kesannya aku spt mabuk dan sgt sensitive. Ditambah dgn tension di tempat kerja, aku semakin depressed.
Hari nih aku habiskn bnyk masa melayari internet utk mencari info2 berkaitan PCOS. Rami wanita di luar sana juga mengalami nasib yg serupa aku,malah ada yg lbh teruk.
Aku masih mengharap yg aku akan kembali normal. Boleh melahirkan zuriat lagi utk suamiku.
Ya Allah..kdg2 aku rasa putus asa.

Aku cuba juga mencari peluang2 kerja lain yg menwarkan gaji yg lebih.
Start bulan depan aku dah kena bayar rumah for RM1300.
Aku dah kira2, mcm tak tertanggung.

Friday, March 14, 2008

Singapore oh Singapore!

Semalam aku dipaksa ke Singapore on the spot! Tak der tawar menawar. It all because of Panasonic yg gila itu. Manager aku dah kelam kabut bila customer ugut nak charged line down. That why dia paksa aku pegi sana and buat sorting 100%. Oh God, a big pallet you know! Need to open the box one by one then check every single pieces...just only..my decision to use different size of plastic which bigger 2".

Sorting is not big problem. We can finished it on 6 o'clock. But the traffic jammed in Woodland is sssooooooo bad!!! First time in my life, I stucked for almost 5 hours in the jammed to go out from Singapore. I just cannot do anything...then I punch out on 0.00 am! Midnight on Friday.

I swear, I don't want to go to Singapore. Crazy and really idiot, stupid! Actually the Mas Selamat was alraedy "selamat". Not worth to burden everybody just because this one man.Morever, it reflect that your system is not so good, that why he still can escaped.

Aku kesian sgt tgk polis2 yg berdiri tegak, setia menunggu org yg tak der di sepanjang hutan2 di Singapore. Dlm hujan2 plak tuh. Setia sungguh mereka ini. Mmg tak silap kalau dianugerahkan pingat setia negara.

Aku sgt2 letih. Sampai rumah aina dah lena. Kesian sgt aku tgk dia. Husband pun dah tidur. Tapi mcm biasa, bila dia yg di rumah satu kerja pun tak jadi. Aku tgk baju2 kotor pun tak berbasuh. Cawan2 kotor, botol susu anak pun dibiar saja. Bosan betul. Bila aku tgk termos pun tak der air, kena lah masak air pukul 1.00 pg tu. then bila dgr bunyi siulan cerek, si aina pun bangun.

Alah...cian anak ibu. Aku nampak dahinya lebam. Agak terhantuk masa kat taska tadi.

Aku tahu..masalah takkan habis sampai sini jek.

Dan seperti yg kujangka, Panasonic issue me a CAR to be reply by this Monday.
I just don't know how to create the story.
Blank! Blank! Blank!.
I really under pressure now. Aku tak boleh tahan dgn semua ni.

Malam tadi lepas solat Marghrib aku menangis. Tak tahu mengapa tapi aku mmg tak tahan lagi. Aina perhati aku dan tanpa disangka anak aku yg baru berumur 1 1/2 tahun tu ambil tuala dan lap air mata aku. Oh...aina pun faham situasi aku. Terharu!

I don't have any mood to do anything. Anything will goes wrong. I hate everything.
Hate!HAte! HAte!

Wednesday, March 12, 2008

SPM 2007 result


Hari ni keputusan SPM 2007 diumumkan.

Berdebar aku menantikan laporan dr adik ku yg bongsu.

Tgh hari tadi, bila aku telefon suaranya seperti terlalu sebak. Mungkin keputusannya tidak memberangsangkan. Sememangnya harapan kami supaya dia mendapat yg terbaik, tapi bila hakikatnya begitu, aku akur dgn takdir.

Sampai sekarang aku masih menanti. Ku cuba hubungi emak bertanyakan hal yg sama. Sama seperti aku emak juga tidak diberitahu. Ya Allah...teruk sgt kah keputusannya. Aku yg semakin berdebar dan tidak kurang juga riak2 kecewa mula mencorak di dlm hati ku. Buktinya, aku tidak seghairah pagi tadi bila bercerita ttg keputusan SPM.

Apa pun aku memujuk, SPM hanya tiket utk meneruskan hidup. Bukan menjamin masa depan yg gemilang. Ramai jgk yg tersangkut di peringkat institusi pengajian tinggi dgn berbekalkan keputusan SPM yg cemerlang. Sebaliknya ramai juga yg cemerlang di peringkat universit dgn tiket SPM yg sederhana cuma.

Itulah...seperti yg kukatakan pada emak, rezeki org masing2.

Ramai di kalangan rakan2 suamiku yg sekarang boleh dikatakan berjaya juga dr latar belakang pendidikan yg sederhana.

Tapi tidak dinafikan,sememangnya kita mengharap yg terbaik dlm segala segi.

Mungkin adik meletakkan harapan yg setinggi gunung sedangkan usahanya dan daya nya cuma setakat dataran sahaja. Sbb itu dia terlalu kecewa.


Hal ini mengingatkan aku kepada keputusan SPM adik ku yg ke3. SPM dia agak teruk tapi rezeki dia mmg murah. Selepas berjaya melalui latihan di ATMA, dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Mudanya dan sekarang ternyata dia hidupnya lebih baik berbanding aku yg mendpat SPM lbh baik dr dia.


Untuk adik, seperti yg akak sms tadi, akak tetap terima apapun keputusan adik.

Teruskan usaha utk yg lebih baik.

Jgn diingat benda yg gagal, tapi lihatlah peluang lain yg masih terbuka luas utk adik.




Monday, March 10, 2008

Balik kg utk mengundi....

Sabtu lepas, sampai jek di rumah terus bersiap2 balik kg. Highway agak jammed sbb ramai yg nak balik kg utk mengundi di kg halaman masing2. Walaupun aku dok Masai tapi aku mendaftar sebagai pengundi di ADUN Bukit Naning dan Parlimen Bakri. Harapan agar kg aku ini tutur menerima kemajuan dari segenap segi. Sedih mengenangkan banyak anak2 kg masih tertinggal dlm segi pendidikan terutama Bahasa Inggeris. Yer lah dok pun kg jawa. Satu lagi sistem pengangkutan awam memang terlalu tidak memberangsangkan. Tiada jugak sebarang projek pembangunan hatta projek2 desa yg kecil2 pun.

Aku tiba di Sekolah Air Hitam Bt 18 pada pukul 3.30 ptg. Keadaan agak lengang sbb ramai yg dah membuang undi pada waktu pagi. So, tak sampai 5 minit pun prosesnya. Yg jauhnya sbb kena jln masuk ke sekolah tu. HEheeheh..sebenarnya tu lah sekolah aku selama 6 tahun. Lbh lama dr aku berada di UTM. Tapi semua dah berubah. Dulu bangunan sekolah satu-satu, sekarang dah bertingkat2. Aku selalu mimpi berada di kawasan sekolah ini. Pelik kan...walaupun sudah hampir 20 tahun aku meninggalkn sekolah ini tapi aku masih ingat setiap sudut kwasan ini.

Dan seperti yg dijangka, calon BN menang mudah utk ADUN Bukit Naning dan DAP menguasai kerusi Parlimen Bakri.
Dan seperti yg diuar-uarkan dlm berita, seharusnya kerajaan BN berkerja lbh kuat lagi utk rakyat sbb kuasa di tangan rakyat.
Harap2 dlm masa 4 tahun dari sekarang, rakyat akan lbh terbela, bukan teraniaya!

Seperti biasa, aku akan rasa letih dan penat bila balik dr kg. Sbbnya, aina tetap mahukan ku dan tak mau dgn org lain. Kesannya aku tak boleh bergerak. Kena dukung dia jer. Nak mandi, buang air semua menjadi masalah buat aku.
Dan pagi tadi dia buat hal. Menangis jek sepanjang aku nak mandikan dia.
Masih mengantuk lg agaknya sbb lepas aku pakaikan baju dia tertidur dgn lena. So pagi tadi ayah yg hantar aina ke taska.

Hari nih mmg meletihkan.
Ravi kejar aku pasal projek Bosch.
Tak sudah2 Jimmy, Noordin kejar aku pasal part Panasonic.
Aku nak muntah dgr nama Panasonic!
Betul2 menyusahkan aku........
Then kemuncaknya aku dpt email complain pasal reject sbb guna plastik yg
berbeza size 20mm.
Damn lerr you! We supply you more then you want ! Kira ok ler tu kita tak charge you on cost pun. Itu pun nak reject.
Ko tak der keje lain ker nak reject!

Pas ni..aku tak kan beli sebarang benda atas jenama Panasonic.
Bagi free pun aku tak nak.
Benci!!!!!!!!!!!!!!!Sangat!!!!!!!!!

Thursday, March 6, 2008

Customer and PRU 12.

Semalam aku menerima sekumpulan customer dr German, hari ini dari Jepun/Singapore plak. Mcm2 customer yg datang. Adakah ini menunjukkan bisnes company ada peningkatan? Tapi tak relevan dgn status gaji aku yg masih tidak menunjukkan graf peningkatan malah masih statik di satu tempat lagi. Arghh tak adil, kerja semakin menjadi2 tapi tak setimpal dgn bayaran.

Otak aku semakin tepu dgn input2 dr segala genap segi. Berderet2 senarai kerja yg menunggu, tapi satu apa pun tak buat lagi. Inilah nasib kalau jadi kuli yg ber "boss" kan ramai orang. Tapi pelik yer...kalau pasal kerja, ramai boss aku. Tapi kalau nak fight pasal aku nyer welfare, hampeh semua org kata aku bukan under their responsiblility. Sungguh bosan!!!!

Hari nih dah Jumaat. So, kena prepare utk meeting esok. Nak balik kg mengundi plak. Alamak, banyak nyer benda nak buat. Basuh baju, nak kemas baju balik kg. Balik nya sehari, tapi kemasnya macam nk dok sana lama jek.

Wednesday, March 5, 2008

Kebendaan....

Semlm petang aku terima sms dr suami utk dinner outside. Aku tak kisah dan lbh suka sbb tak yah masak lbh2 lg dgn keadaan aina yg masih meragam. Di hujung ayat sms tu tertera perkataan WISH. Emm betapa bangganya dia nak kuar makan dgn bwk wish! Peduli lah sapa punya yg penting dia yg bawak.
Dan seperti yg dijangka dia balik dgn keta yg dimaksudkan. Mmg benar penuh parking lot aku dgn satu keta tu jek. Cukup tak berbaloi dan menyemak pada pandangan mata aku lah.
Masa aku naik tu, rasa sama jek mcm naik keta2 lain. Tak der nyer apa2 kelainan pun. So apa lebihnya berbanding kancil aku? Anyway..it depend on own perception.
Sebenarnya aku tak berapa berkenan dgn keta2 besar. Memandangkan aku tak berapa berkeperluan menggunakannya. Aku rasa kalau sekarang aku diberi pilihan aku tak pilih keta2 cam gitu. Sekarang ler aku cakap. Mana tau satu hari nnt aku berubah. Well, manusia kan...
Alasan pertama, cukup tak economy dgn petrol budget aku yg mana sekarang aku control max RM30 seminggu! Lbh2 aku rela mkn kt kantin or duk saja di rumah! Hehehhe...tu lah namanya control! And 2nd reason, susah nk parking. Sdgkan dgn kancil pun aku terkial2 so apa lg kalau yg lbh besar. So ukur baju di badan sendiri lerr.
Extereme ke kata2 aku? Well, since this is my blog I can say anything! Anything from my heart!

Tak cukup dgn itu, selepas makan kami gi melawat office baru sorang member ni. My husband member ok...not mine! Aku memang tak der kawan sbb tak der kesempatan nak berkawan2. Sungguh unfair aku rasa. Office dia dilengkapi dgn set karaoke. Tekejut2 aina dengar sound system. Dan sekali lagi rasa tak puas hati aku membuak2 bila dia dgn senang hati hantar aku balik rumah dan patah balik ke sana sb nak layan karaoke. Reasonable ker alasan tuh?
Boleh tahan dgn bising karaoke tuh tapi bila aina meragam boleh tutup telinga dgn bantal?
Kadang2 bila aku dihasut2 dgn bisikan2 syaitan mcm ni aku mmg nak memberontak jek. Aku jadi benci dgn semua kawan2 dia. Tapi apa pun aku tak salahkan kawan2 sbb itu dari hati sendiri. Kalau sendiri tak nak mana boleh jadi yer tak? So siapa yg aku benci?

Bulan lepas (ni citer kawan dia jgk lerrrr) dia balik bwk cerita yg rumahtangga salah sorang kwn baik dia sdg dilanda krisis. Mula2 ingat si suami punya angkara, rupanya si isteri ada affair dgn org lain. Hebat bukan? Sebelum ini si isteri berhempas pulas berusaha menurunkan berat badan dan yes..dia berjaya dan mmg aku akui dia semakin jelita. Dgn kulit putih melepaknya, ternyata dia seksi dan lbh bergaya walau sudah punya 2 anak. Tapi si suami pun salah jgk.Bila dah isteri cantik tu pandai2 ler jaga. So dipendekkan cerita bila dah kantol cam tu nampak sgt ler jahat si isteri tuh. Tapi dia kena ingat jgk si suami pun bukan baik sgt. So for me dia mmg patut pun diajar supaya beringat yg dia sudah ada tanggungjawab. Jgn ingat dgn status dan keta2 besr yg dia ada dgn fizikal yg Allah kurniakan dia boleh buat sesuka hati. Hal ini lah yg jadi isu antara aku dgn suami. Kami plak yg bergaduh sbb sedari mula aku mmg kurang berkenan dgn latar belakang kwan dia ni termasuk lerr isteri dia. Aku cuba jgk but not my line.
Aku rasa adil sbb dia jgk tak pernah nak ambek tau siapa kawan2 aku so..aku pun peduli apa dgn kawan2 dia.

Hmmm mcm2 kes, tu lah bila hanya kebendaan yg dikejar seumpama hidup sentiasa senang. Tak ingat janji Tuhan yg kita hanya menumpang.
Subhanallah...dunia di akhir zaman.

Semoga Allah memberi aku lbh kecekalan hati dan kesabaran meneruskan hidup ini.
Semoga Allah melindungi aku dr segala malapetaka dan dijauhkan dari serangan mental sbb aku takut terlalu bnyak masalah smapai aku tak boleh nak hadapinya.

Monday, March 3, 2008

Anak permata hati!


Selesai sessi imunisasi utk Aina. Last Saturday gi klinik utk imunisasi for 1 & 1/2 year. So lepas ni tunggu sehingga umur 7 tahun. Emm lega, tak yah nk ingat2 lagi pasal cucuk2 nih. And alhamdullillah Aina tak demam. And mmg dr bayi dulu dia mmg tak menangis kalau kena cucuk. Even masa bersunat dulu, ibunya yg terlebih2 takut. Hehheheeh..biasalah masa tu dia kecik lagi. Aku pun baru habis pantang. Tapi yer lah...Aina ni one type. Psyco sket. Dia takkan menangis kalau dicubit. Tapi bila aku marah or buat tak tau jek dia akan menjerit sekuat hati terutama pada waktu2 kritikal esp. waktu pagi lerr and malam. Teringat aku satu peristiwa yg mmg aku tak boleh lupa. Sampai sekarang terasa menyesal. Dia sibuk nak mengacau aku memasak. Tak cukup dgn tarik2 baju, dia pijak2 kaki nak panjat aku,mintak dukung la tuh. Aku bertahan jek sampai sekali tu dia terjatuh kat bwh sinki. Masa tu aku sdg bersihkn benda kt sinki. Aku pun hapa lagi angin satu badan. Out of control and kena ler pelempang kat punggung. Disbbkan pukulan tu dr hati so, berbekas ler kat punggung dia. You know, dia tak menangis pun. Sampai esoknya aku yg menangis tak berhenti. Sampai aku cerita kt mak pun masih menitis lg air mata. Kesal rasa sbb tak berbaloi rasanya pukul anak sendiri. Mak cerita aku mmg jenis tgn kasar, kalau pukul org mmg berbirat. Sekali dulu aku ada pukul adik aku. Mmg berbekas!
Now kalau dia buat hal, aku tinggal je dapur. Biar tak masak pun asal kn aku tak sakit hati then anak jadi mangsa.

Sekarang Aina dah pandai sebut perkataan satu dua patah.
AYAH,NEKNEK, KAKAK...
Ibu belum lg. Lambat sket kut.

Semoga Allah kurniakan aku hati yg lbh cekal dan sabar. Kadang2 situasi dan keadaan memaksa aku jd pemarah. And aku rasa kesan pil hormon yg aku ambil setiap hari turut menyumbang kepada perubahan emosi. Aku jadi cepat marah, tak puas hati, risau dan mcm nak menangis pun ada.
Tak ada pilihan sekarang sbb doctor diagnosed aku ada PCO (plycystic ovarian sympthom).
So slh satu cara utk kurangkn kesan ialah dgn ambil hormon tu setiap hari plus dgn usaha2 mengurangkan 10% berat badan. Setakat ni aku cuma berjaya kurangkan 4 kg jek setelah berpenat lelah meninggalkn office tepat pd waktu punch out semata2 nk kejar kelas aerobik yg bermula pukul 6. Kesannya kena bayar ot kat taska sbb ambek aina lambat. Emm kena lagi!
Dan not stop at that point, bnyk yg menanti di rumah utk diuruskan. That why aku rasa ramai ibu2 yg cepat tua sbb tension sepanjang masa!

Friday, February 22, 2008

Saturday, February 9, 2008

My dearest princess



For the first time I'm starting my blog....


just to express my love to my dearest daugther...


NUR AINA NAJWA...


be the solehah daugther to us (ibu & ayah).