Hari ni keputusan SPM 2007 diumumkan.
Berdebar aku menantikan laporan dr adik ku yg bongsu.
Tgh hari tadi, bila aku telefon suaranya seperti terlalu sebak. Mungkin keputusannya tidak memberangsangkan. Sememangnya harapan kami supaya dia mendapat yg terbaik, tapi bila hakikatnya begitu, aku akur dgn takdir.
Sampai sekarang aku masih menanti. Ku cuba hubungi emak bertanyakan hal yg sama. Sama seperti aku emak juga tidak diberitahu. Ya Allah...teruk sgt kah keputusannya. Aku yg semakin berdebar dan tidak kurang juga riak2 kecewa mula mencorak di dlm hati ku. Buktinya, aku tidak seghairah pagi tadi bila bercerita ttg keputusan SPM.
Apa pun aku memujuk, SPM hanya tiket utk meneruskan hidup. Bukan menjamin masa depan yg gemilang. Ramai jgk yg tersangkut di peringkat institusi pengajian tinggi dgn berbekalkan keputusan SPM yg cemerlang. Sebaliknya ramai juga yg cemerlang di peringkat universit dgn tiket SPM yg sederhana cuma.
Itulah...seperti yg kukatakan pada emak, rezeki org masing2.
Ramai di kalangan rakan2 suamiku yg sekarang boleh dikatakan berjaya juga dr latar belakang pendidikan yg sederhana.
Tapi tidak dinafikan,sememangnya kita mengharap yg terbaik dlm segala segi.
Mungkin adik meletakkan harapan yg setinggi gunung sedangkan usahanya dan daya nya cuma setakat dataran sahaja. Sbb itu dia terlalu kecewa.
Hal ini mengingatkan aku kepada keputusan SPM adik ku yg ke3. SPM dia agak teruk tapi rezeki dia mmg murah. Selepas berjaya melalui latihan di ATMA, dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Mudanya dan sekarang ternyata dia hidupnya lebih baik berbanding aku yg mendpat SPM lbh baik dr dia.
Untuk adik, seperti yg akak sms tadi, akak tetap terima apapun keputusan adik.
Teruskan usaha utk yg lebih baik.
Jgn diingat benda yg gagal, tapi lihatlah peluang lain yg masih terbuka luas utk adik.
No comments:
Post a Comment