Sebenarnya otak aku pening sbb...mungkin pengaruh blog Faisal Tehrani. Dari minggu sudah aku tertanya2 apa isu sebenarnya. Aku mula mengikuti catatan FT melalui pautan blog dr list Fajar. Bermula dr saat itu terasa aku sebagai salah seorang peminatnya. Secara diam aku mengagumi peribadi beliau melalui tulisannya. Dan setiap Selasa aku tidak ketinggalan membaca siri Ketupat Cinta dlm slot Hati di Harian Metro. Sekali lagi otak aku buntu bagaimana mahu mengaitkan watak2 dlm cerpennya itu dgn senario sekarang. Yah..mmg betul FT mampu mempengaruhi cara aku berfikir dan menerima dunia kini.
Yang menjadi persoalan sekarang dan aku masih mencari siapakan yg benar2 boleh menjelaskan secara benar apa yg dimaksudkan dgn Syiah, yg diwar2kn oleh Mufti Perlis itu kepada FT. Tetapi otak aku buntu sbb tiada siapa yg boleh ku ajak berbincang.
Untuk sahabatku Nana,
Kalau kau terbaca blog ni, boleh kau rujuk dgn yg arif di sana sementara kau berpeluang menghadiri kelas2 utk belajar?
Terbaru aku terbaca satu artikel yg mengusulkan utk membuat satu perjumpaan utk blogger2. Ermm lambat betul depa nih. Dah lama dah benda ni bertapak baru sekarang nk sedar. Anyway, kalau bukan kesannya ke PRU 12 yg lalu, mahu tidak akan terperasan dgn teknologi blog. Tapi bila ckp pasal gathering ni teringat plak yg Astro @15 pun dah buat gathering utk chatters2 depa yg tegar.
Kebelakangan ini aku mula berkenal2 dgn rawatan perubatan Islam. Hari2 aku melawat web2 berkaitan Darussyifa & yg seangkatan dgnnya. Elok jer aku start berkenalan keluar pula berita di akhbar tentang perawat yg menyeleweng! Huh, kes itu buat aku sedikit kendur tetapi aku tahu itu mungkin perawat palsu yg berselindung di sebalik nama rawatan Islam. Sungguh hal2 yg sebegini akan mencalarkan nama baik pusat yg diwakili.
Isu kenaikan harga makanan asasi turut memberi kesan. Sedihnya bila setiap hari berita di tv memaparkn berita yg ramai manusia di luar sana saling bergaduh sbb nk dptkn makanan. Sehingga sanggup membeli kerak roti utk dimakan yg biasanya digunakan utk makanan haiwan ternakan. Tetapi kita di sini berpenyakit sbb terlebih makan dan mereka suffer sbb tak der makanan. Dan sedihnya bila dengar berita ttg taufan di Myanmar yg mengorbankan beribu2 nyawa yg kebanyakkannya anak2 kecil yg tidak tahu apa2. Bila sebut ttg Myanmar aku teringat akan satu dokumentari di Majalah 3 yg menunjukkan betapa negara itu masih jauh ketinggalan. Bagaimana mereka boleh merentasi sungai sempadan Thai setiap hari dgn menaiki tiub yg dibuat spt rakit dan hanya dikayuh dgn tangan atau kaki shj? Aduh, bagaimana kalau aku di tempat mereka? Syukurlah....keadaan aku terlalu selesa berbanding mereka.
Oh ya...utk merehatkan otak, hari minggu lepas aku ikut hubby pergi pertandingan memancing GP Joran di Desaru. Biarlah dia nak rasa. Bila dah tahu peritnya dibakar terik mentari dan letih lesu menunggu umpan disambar ikan, puas hatinya. Mungkin lambat sikit keteringinannya utk menyertai mana2 pertandingan memancing selepas ini.
Ayah: sedang berusaha utk meleraikan joran yg tersangkut. Aina, Ani & Nabil tolong berdoa semoga dpt ikan besar.
Kepada semua ibu...
Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU.
Semoga Allah memberi kita lebih kekuatan utk menjalani hidup akan datang dgn lebih cemerlang..Insya Allah.
1 comment:
rasanya faisal ada jelaskan tentang benda tu dlm blog dia. personally, bg saya, kita sebg umat islam tak perlu nak bezakan perbezaan mazhab yg ada. yg penting skrg, kita sama2 menghormati dan berganding bahu utk menentang musuh yg lebih utama - zionis!!!
mungkin kak sue, bole berjinak2 membaca karya2 Faisal Tehrani. byk yg mengandungi unsur keagamaan. sgt2 bermanfaat.
Post a Comment