Tuesday, April 1, 2008

Kacau!

Sedari hari Sabtu yg lepas aku perasan Aina mcm tak sihat. Risau memikirkan dia tak mahu menyusu. Ditambah Ahadnya kami membawanya ke kenduri kahwin rumah rakan. Dia apa lagi semakin meragam dan tak mahu tidur, menyusu apa lagi. Aku semakin letih melayan kerenah dia dgn ditambah suasana sesak dgn kedatangan tetamu. Hati ku meronta mahu pulang ke rumah. Tiada sedikit pun kemeriahan kurasakan. Agak terlalu begitu mementingkan diri tapi itulah yg aku rasakan. Aina terus terlelap semasa aku memangkunya dlm kereta. Dan malamnya dia kembali dgn resahnya. Ya demam anak ibu ni. Semlm aku membawanya berjumpa doktor. Alhamdullilah, tidak berapa serius. Aku bimbang sbb nafasnya agaknya berbau. Jangkitan kuman doktor menjelaskan.
Malam tadi dia tidur agak lena selepas makan ubat. Ada peningkatan, Aina sudah tidak liat lg makan ubat. Senang saja aku suap dan dia telan. Agak ubat tu sedap pada lidah dia.
Bangun pagi tadi badannya agak panas sikit. Tapi dia ceria berbual2 dgn aku. Mengejutkan ayahnya bagun tidur, tapi tak mahu tinggal di taska. Sedih tinggalkan Aina waktu dia tak sihat begitu. Mesti dia mahukan lebih belaian. Terfikir bagaimana keadaannya nanti jika aku mengandung lagi.

Aku mencuba amalan yg disyorkan oleh Ustaz Ahmad ttg penawar utk gangguan haid. Alhamdulliah, nampaknya ada kesan positif. Tidak memerlukan belanja yg besar, cuma tawakkal pada Allah dan istiqamah. Insya-Allah, aku berdoa semoga usaha ini diperkenankan Allah.

Aku mula berminat pada rawatan alternatif sekarang. Bukan menolak rawatan teknologi moden tapi seperti yg diterangkan oleh pengasasnya, ia lebih kepada usaha. Ya..semua masalah bermula dari dlm diri sendiri. Dlm kehidupan hari ini kita lbh banyak didatangi pelbagai masalah yg mengundang stress. Dari itu, perlu ada cara dan ilmu bagaimana mahu menangani stress supaya ia tidak meracuni peribadi. Seperti aku, kdg2 aku sendiri tak tahu apa yg aku mahu. Kdg2 aku rasa hidup mcm tiada langsung warna2 keceriaan. Semuanya pudar dan malap. Aku semakin hilang arah. Segalanya seperti ada yg tidak kena. Macam2 yg aku rasa, benci,marah,bosan,tak puas hati, sedih dan mcm2 lagi. Aku boleh tiba2 menangis tanpa apa2 sbb. Sensitif walaupun ia berpunca dr benda yg terlalu kecil. Entah aku sendiri tak tahu apa punca.

Semoga ada jalan penyelesaian utk ku.
Ingin sekali aku merasai hidup yg ceria dan warna warni.

1 comment:

ummu al hanafi said...

wowww!!
first time masuk goblog ko wakk
interestinggg, I minat you..
kahkahkahkahhh
anyway, kesian Aina.. dah OK 100% ke dia..
memang tidak dinafikan mmg runsing risau bila memikirkan anak yg sakit sakit nih..
jgn lupa, doa setiap hari..dberikan kesihatan anak2 kita sihat walafiat sentiasa
btw, thanks call ari tu.. dpt gak cakap2 dgn ko walaupon cuma seketika waktu.. huk huk
miss you really wakkk
miss our sweet memory in UTM
begitu cepat masa meninggalkan usia kita...