Seminggu meninggalkan blog tanpa diupdate. Ralit membaca blog org lain sehingga tak berkesempatan bercerita ttg diri sendiri.
Seminggu lepas berlalu dgn begitu pantas. Sedar2 Sabtu telah muncul semula. Ya begitu pantas masa meninggalkn kita.
Hujung minggu lepas kami balik kampung. Yehhh...aku rindukn kg sebenarnya. Tapi spt biasa si anak belum terbiasa dgn saudara2 dan enggan lepas dr aku. Emak mertua buat majlis sempena Maulidur Rasul. Adik iparku mengambil kesempatan mengakikahkan anaknya. Dapatlah kami merasa daging kambing akikah. Semoga Muhammad Hazim Hanafi menjadi anak yg soleh. Amin.
Sesekali berkumpul bersama ipar duai dan biras2 mcm2 yg dibualkan. Dan topik yg selalu top ialah...turn siapa pula yg mengandung kali ini? Heheheh seperti biasa ibu mertua ku pasti menerima cucu baru setiap tahun. Paling tidak seorang, malah ada satu tahun tu 3 org sekali.
Dan aku lbh2 curious, aku kah calonnya? Ermmm...tidak pasti lagi. So..nantikan keputusannya bulan depan.
Dan aku lbh2 curious, aku kah calonnya? Ermmm...tidak pasti lagi. So..nantikan keputusannya bulan depan.
Minggu lepas kami diuji sekali lagi. Permohonan adik ku yg bongsu gagal utk ke pusat matrikulasi KPM. Juga permohonan utk ke PPUM.Kami turut merasai kesedihan adik. Emak bertambah risau memikirkan nasib adik. Semoga dia ada rezeki di tempat lain. Permohonan penempatan ke IPT melalui UPU hanya kan diketahui bulan Mei ini. Tetapi kami mengesyorkn supaya adik membuat rayuan. Tempoh rayuan dibuka sehingga 30/4/2008 ini utk ke matrikulasi KPM.
Cik Com akan memulakan latihan praktikalnya mungkin dlm minggu depan. Baik2 cik com bawak motor di Shah Alam tuh.
Bila mengingatkn adik2, terasa makin cepat masa berlalu. Aku masih ingat waktu2 adik dan cik com sewaktu masih kecil dulu. Terasa sgt bila sekarang cik com bakal buat latihan praktikal utk degree nya. Insya allah..ada rezeki dia akan mula bekerja tidak lama lagi. Sungguh anak2 emak sudah besar sekarang. Tak kan aku lupa aksi2 mereka sewaktu kecil dulu. Cik com agak pendiam org nya tetapi adik agak agresif. Ada satu ketika sewaktu aku merakam gambar mereka, gambar adik tetiba ada kelibat cik com di belakangnya.
Dan begitu jgk, gambar cik com tersembul muka adik plak.
cik com, aina dan adik
Berbeza dgn adik2 lelaki ku. Perwatakan yg agak kontra. Dan ternyata kini adik ku yg ketiga kekal dgn karektornya dgn menyertai TLDM.
Adik ku yg ke 4 agak pelik. Aku masih ingat selera dia yg agak janggal dgn makan nasi berlaukkan pisang masak waktu umur 4-5 tahun begitu. Sehingga sekarang dirinya sukar dimengerti. Tak tahu bagaimana bakal isterinya mahu memahami. Dan nasibnya sama spt aku, tercampak dlm kilang yg sentiasa sibuk dgn production, yield and etc...
Semalam aku menghadiri satu temuduga. Insya allah, ada rezeki mudah-mudahan aku berjaya mendapat tempat di situ.
Pagi ini aku terima sms dr emak. Satu berita sedih. Sepupu ku di wad HSA JB kerana kemalangan. Dia sebaya adik. Sedihnya, sewaktu kami sibuk2 mahu mencari tempat utk adik, tapi pak cik ku ini lebih sibuk menanti anaknya di wad.
Semoga Ika cepat sembuh.
cik com semasa konvo diploma
No comments:
Post a Comment