Friday, March 21, 2008

PCOS .....

Aku bleeding lg. Bukan waktu yg sepatutnya. Aku rasa Norculat yg Dr. Noraini cdgkn tak memberi kesan positive pada aku. Bulan lepas my period ok. Tapi with 4pcs a day of Norculat. Kesannya aku spt mabuk dan sgt sensitive. Ditambah dgn tension di tempat kerja, aku semakin depressed.
Hari nih aku habiskn bnyk masa melayari internet utk mencari info2 berkaitan PCOS. Rami wanita di luar sana juga mengalami nasib yg serupa aku,malah ada yg lbh teruk.
Aku masih mengharap yg aku akan kembali normal. Boleh melahirkan zuriat lagi utk suamiku.
Ya Allah..kdg2 aku rasa putus asa.

Aku cuba juga mencari peluang2 kerja lain yg menwarkan gaji yg lebih.
Start bulan depan aku dah kena bayar rumah for RM1300.
Aku dah kira2, mcm tak tertanggung.

Friday, March 14, 2008

Singapore oh Singapore!

Semalam aku dipaksa ke Singapore on the spot! Tak der tawar menawar. It all because of Panasonic yg gila itu. Manager aku dah kelam kabut bila customer ugut nak charged line down. That why dia paksa aku pegi sana and buat sorting 100%. Oh God, a big pallet you know! Need to open the box one by one then check every single pieces...just only..my decision to use different size of plastic which bigger 2".

Sorting is not big problem. We can finished it on 6 o'clock. But the traffic jammed in Woodland is sssooooooo bad!!! First time in my life, I stucked for almost 5 hours in the jammed to go out from Singapore. I just cannot do anything...then I punch out on 0.00 am! Midnight on Friday.

I swear, I don't want to go to Singapore. Crazy and really idiot, stupid! Actually the Mas Selamat was alraedy "selamat". Not worth to burden everybody just because this one man.Morever, it reflect that your system is not so good, that why he still can escaped.

Aku kesian sgt tgk polis2 yg berdiri tegak, setia menunggu org yg tak der di sepanjang hutan2 di Singapore. Dlm hujan2 plak tuh. Setia sungguh mereka ini. Mmg tak silap kalau dianugerahkan pingat setia negara.

Aku sgt2 letih. Sampai rumah aina dah lena. Kesian sgt aku tgk dia. Husband pun dah tidur. Tapi mcm biasa, bila dia yg di rumah satu kerja pun tak jadi. Aku tgk baju2 kotor pun tak berbasuh. Cawan2 kotor, botol susu anak pun dibiar saja. Bosan betul. Bila aku tgk termos pun tak der air, kena lah masak air pukul 1.00 pg tu. then bila dgr bunyi siulan cerek, si aina pun bangun.

Alah...cian anak ibu. Aku nampak dahinya lebam. Agak terhantuk masa kat taska tadi.

Aku tahu..masalah takkan habis sampai sini jek.

Dan seperti yg kujangka, Panasonic issue me a CAR to be reply by this Monday.
I just don't know how to create the story.
Blank! Blank! Blank!.
I really under pressure now. Aku tak boleh tahan dgn semua ni.

Malam tadi lepas solat Marghrib aku menangis. Tak tahu mengapa tapi aku mmg tak tahan lagi. Aina perhati aku dan tanpa disangka anak aku yg baru berumur 1 1/2 tahun tu ambil tuala dan lap air mata aku. Oh...aina pun faham situasi aku. Terharu!

I don't have any mood to do anything. Anything will goes wrong. I hate everything.
Hate!HAte! HAte!

Wednesday, March 12, 2008

SPM 2007 result


Hari ni keputusan SPM 2007 diumumkan.

Berdebar aku menantikan laporan dr adik ku yg bongsu.

Tgh hari tadi, bila aku telefon suaranya seperti terlalu sebak. Mungkin keputusannya tidak memberangsangkan. Sememangnya harapan kami supaya dia mendapat yg terbaik, tapi bila hakikatnya begitu, aku akur dgn takdir.

Sampai sekarang aku masih menanti. Ku cuba hubungi emak bertanyakan hal yg sama. Sama seperti aku emak juga tidak diberitahu. Ya Allah...teruk sgt kah keputusannya. Aku yg semakin berdebar dan tidak kurang juga riak2 kecewa mula mencorak di dlm hati ku. Buktinya, aku tidak seghairah pagi tadi bila bercerita ttg keputusan SPM.

Apa pun aku memujuk, SPM hanya tiket utk meneruskan hidup. Bukan menjamin masa depan yg gemilang. Ramai jgk yg tersangkut di peringkat institusi pengajian tinggi dgn berbekalkan keputusan SPM yg cemerlang. Sebaliknya ramai juga yg cemerlang di peringkat universit dgn tiket SPM yg sederhana cuma.

Itulah...seperti yg kukatakan pada emak, rezeki org masing2.

Ramai di kalangan rakan2 suamiku yg sekarang boleh dikatakan berjaya juga dr latar belakang pendidikan yg sederhana.

Tapi tidak dinafikan,sememangnya kita mengharap yg terbaik dlm segala segi.

Mungkin adik meletakkan harapan yg setinggi gunung sedangkan usahanya dan daya nya cuma setakat dataran sahaja. Sbb itu dia terlalu kecewa.


Hal ini mengingatkan aku kepada keputusan SPM adik ku yg ke3. SPM dia agak teruk tapi rezeki dia mmg murah. Selepas berjaya melalui latihan di ATMA, dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Mudanya dan sekarang ternyata dia hidupnya lebih baik berbanding aku yg mendpat SPM lbh baik dr dia.


Untuk adik, seperti yg akak sms tadi, akak tetap terima apapun keputusan adik.

Teruskan usaha utk yg lebih baik.

Jgn diingat benda yg gagal, tapi lihatlah peluang lain yg masih terbuka luas utk adik.




Monday, March 10, 2008

Balik kg utk mengundi....

Sabtu lepas, sampai jek di rumah terus bersiap2 balik kg. Highway agak jammed sbb ramai yg nak balik kg utk mengundi di kg halaman masing2. Walaupun aku dok Masai tapi aku mendaftar sebagai pengundi di ADUN Bukit Naning dan Parlimen Bakri. Harapan agar kg aku ini tutur menerima kemajuan dari segenap segi. Sedih mengenangkan banyak anak2 kg masih tertinggal dlm segi pendidikan terutama Bahasa Inggeris. Yer lah dok pun kg jawa. Satu lagi sistem pengangkutan awam memang terlalu tidak memberangsangkan. Tiada jugak sebarang projek pembangunan hatta projek2 desa yg kecil2 pun.

Aku tiba di Sekolah Air Hitam Bt 18 pada pukul 3.30 ptg. Keadaan agak lengang sbb ramai yg dah membuang undi pada waktu pagi. So, tak sampai 5 minit pun prosesnya. Yg jauhnya sbb kena jln masuk ke sekolah tu. HEheeheh..sebenarnya tu lah sekolah aku selama 6 tahun. Lbh lama dr aku berada di UTM. Tapi semua dah berubah. Dulu bangunan sekolah satu-satu, sekarang dah bertingkat2. Aku selalu mimpi berada di kawasan sekolah ini. Pelik kan...walaupun sudah hampir 20 tahun aku meninggalkn sekolah ini tapi aku masih ingat setiap sudut kwasan ini.

Dan seperti yg dijangka, calon BN menang mudah utk ADUN Bukit Naning dan DAP menguasai kerusi Parlimen Bakri.
Dan seperti yg diuar-uarkan dlm berita, seharusnya kerajaan BN berkerja lbh kuat lagi utk rakyat sbb kuasa di tangan rakyat.
Harap2 dlm masa 4 tahun dari sekarang, rakyat akan lbh terbela, bukan teraniaya!

Seperti biasa, aku akan rasa letih dan penat bila balik dr kg. Sbbnya, aina tetap mahukan ku dan tak mau dgn org lain. Kesannya aku tak boleh bergerak. Kena dukung dia jer. Nak mandi, buang air semua menjadi masalah buat aku.
Dan pagi tadi dia buat hal. Menangis jek sepanjang aku nak mandikan dia.
Masih mengantuk lg agaknya sbb lepas aku pakaikan baju dia tertidur dgn lena. So pagi tadi ayah yg hantar aina ke taska.

Hari nih mmg meletihkan.
Ravi kejar aku pasal projek Bosch.
Tak sudah2 Jimmy, Noordin kejar aku pasal part Panasonic.
Aku nak muntah dgr nama Panasonic!
Betul2 menyusahkan aku........
Then kemuncaknya aku dpt email complain pasal reject sbb guna plastik yg
berbeza size 20mm.
Damn lerr you! We supply you more then you want ! Kira ok ler tu kita tak charge you on cost pun. Itu pun nak reject.
Ko tak der keje lain ker nak reject!

Pas ni..aku tak kan beli sebarang benda atas jenama Panasonic.
Bagi free pun aku tak nak.
Benci!!!!!!!!!!!!!!!Sangat!!!!!!!!!

Thursday, March 6, 2008

Customer and PRU 12.

Semalam aku menerima sekumpulan customer dr German, hari ini dari Jepun/Singapore plak. Mcm2 customer yg datang. Adakah ini menunjukkan bisnes company ada peningkatan? Tapi tak relevan dgn status gaji aku yg masih tidak menunjukkan graf peningkatan malah masih statik di satu tempat lagi. Arghh tak adil, kerja semakin menjadi2 tapi tak setimpal dgn bayaran.

Otak aku semakin tepu dgn input2 dr segala genap segi. Berderet2 senarai kerja yg menunggu, tapi satu apa pun tak buat lagi. Inilah nasib kalau jadi kuli yg ber "boss" kan ramai orang. Tapi pelik yer...kalau pasal kerja, ramai boss aku. Tapi kalau nak fight pasal aku nyer welfare, hampeh semua org kata aku bukan under their responsiblility. Sungguh bosan!!!!

Hari nih dah Jumaat. So, kena prepare utk meeting esok. Nak balik kg mengundi plak. Alamak, banyak nyer benda nak buat. Basuh baju, nak kemas baju balik kg. Balik nya sehari, tapi kemasnya macam nk dok sana lama jek.

Wednesday, March 5, 2008

Kebendaan....

Semlm petang aku terima sms dr suami utk dinner outside. Aku tak kisah dan lbh suka sbb tak yah masak lbh2 lg dgn keadaan aina yg masih meragam. Di hujung ayat sms tu tertera perkataan WISH. Emm betapa bangganya dia nak kuar makan dgn bwk wish! Peduli lah sapa punya yg penting dia yg bawak.
Dan seperti yg dijangka dia balik dgn keta yg dimaksudkan. Mmg benar penuh parking lot aku dgn satu keta tu jek. Cukup tak berbaloi dan menyemak pada pandangan mata aku lah.
Masa aku naik tu, rasa sama jek mcm naik keta2 lain. Tak der nyer apa2 kelainan pun. So apa lebihnya berbanding kancil aku? Anyway..it depend on own perception.
Sebenarnya aku tak berapa berkenan dgn keta2 besar. Memandangkan aku tak berapa berkeperluan menggunakannya. Aku rasa kalau sekarang aku diberi pilihan aku tak pilih keta2 cam gitu. Sekarang ler aku cakap. Mana tau satu hari nnt aku berubah. Well, manusia kan...
Alasan pertama, cukup tak economy dgn petrol budget aku yg mana sekarang aku control max RM30 seminggu! Lbh2 aku rela mkn kt kantin or duk saja di rumah! Hehehhe...tu lah namanya control! And 2nd reason, susah nk parking. Sdgkan dgn kancil pun aku terkial2 so apa lg kalau yg lbh besar. So ukur baju di badan sendiri lerr.
Extereme ke kata2 aku? Well, since this is my blog I can say anything! Anything from my heart!

Tak cukup dgn itu, selepas makan kami gi melawat office baru sorang member ni. My husband member ok...not mine! Aku memang tak der kawan sbb tak der kesempatan nak berkawan2. Sungguh unfair aku rasa. Office dia dilengkapi dgn set karaoke. Tekejut2 aina dengar sound system. Dan sekali lagi rasa tak puas hati aku membuak2 bila dia dgn senang hati hantar aku balik rumah dan patah balik ke sana sb nak layan karaoke. Reasonable ker alasan tuh?
Boleh tahan dgn bising karaoke tuh tapi bila aina meragam boleh tutup telinga dgn bantal?
Kadang2 bila aku dihasut2 dgn bisikan2 syaitan mcm ni aku mmg nak memberontak jek. Aku jadi benci dgn semua kawan2 dia. Tapi apa pun aku tak salahkan kawan2 sbb itu dari hati sendiri. Kalau sendiri tak nak mana boleh jadi yer tak? So siapa yg aku benci?

Bulan lepas (ni citer kawan dia jgk lerrrr) dia balik bwk cerita yg rumahtangga salah sorang kwn baik dia sdg dilanda krisis. Mula2 ingat si suami punya angkara, rupanya si isteri ada affair dgn org lain. Hebat bukan? Sebelum ini si isteri berhempas pulas berusaha menurunkan berat badan dan yes..dia berjaya dan mmg aku akui dia semakin jelita. Dgn kulit putih melepaknya, ternyata dia seksi dan lbh bergaya walau sudah punya 2 anak. Tapi si suami pun salah jgk.Bila dah isteri cantik tu pandai2 ler jaga. So dipendekkan cerita bila dah kantol cam tu nampak sgt ler jahat si isteri tuh. Tapi dia kena ingat jgk si suami pun bukan baik sgt. So for me dia mmg patut pun diajar supaya beringat yg dia sudah ada tanggungjawab. Jgn ingat dgn status dan keta2 besr yg dia ada dgn fizikal yg Allah kurniakan dia boleh buat sesuka hati. Hal ini lah yg jadi isu antara aku dgn suami. Kami plak yg bergaduh sbb sedari mula aku mmg kurang berkenan dgn latar belakang kwan dia ni termasuk lerr isteri dia. Aku cuba jgk but not my line.
Aku rasa adil sbb dia jgk tak pernah nak ambek tau siapa kawan2 aku so..aku pun peduli apa dgn kawan2 dia.

Hmmm mcm2 kes, tu lah bila hanya kebendaan yg dikejar seumpama hidup sentiasa senang. Tak ingat janji Tuhan yg kita hanya menumpang.
Subhanallah...dunia di akhir zaman.

Semoga Allah memberi aku lbh kecekalan hati dan kesabaran meneruskan hidup ini.
Semoga Allah melindungi aku dr segala malapetaka dan dijauhkan dari serangan mental sbb aku takut terlalu bnyak masalah smapai aku tak boleh nak hadapinya.

Monday, March 3, 2008

Anak permata hati!


Selesai sessi imunisasi utk Aina. Last Saturday gi klinik utk imunisasi for 1 & 1/2 year. So lepas ni tunggu sehingga umur 7 tahun. Emm lega, tak yah nk ingat2 lagi pasal cucuk2 nih. And alhamdullillah Aina tak demam. And mmg dr bayi dulu dia mmg tak menangis kalau kena cucuk. Even masa bersunat dulu, ibunya yg terlebih2 takut. Hehheheeh..biasalah masa tu dia kecik lagi. Aku pun baru habis pantang. Tapi yer lah...Aina ni one type. Psyco sket. Dia takkan menangis kalau dicubit. Tapi bila aku marah or buat tak tau jek dia akan menjerit sekuat hati terutama pada waktu2 kritikal esp. waktu pagi lerr and malam. Teringat aku satu peristiwa yg mmg aku tak boleh lupa. Sampai sekarang terasa menyesal. Dia sibuk nak mengacau aku memasak. Tak cukup dgn tarik2 baju, dia pijak2 kaki nak panjat aku,mintak dukung la tuh. Aku bertahan jek sampai sekali tu dia terjatuh kat bwh sinki. Masa tu aku sdg bersihkn benda kt sinki. Aku pun hapa lagi angin satu badan. Out of control and kena ler pelempang kat punggung. Disbbkan pukulan tu dr hati so, berbekas ler kat punggung dia. You know, dia tak menangis pun. Sampai esoknya aku yg menangis tak berhenti. Sampai aku cerita kt mak pun masih menitis lg air mata. Kesal rasa sbb tak berbaloi rasanya pukul anak sendiri. Mak cerita aku mmg jenis tgn kasar, kalau pukul org mmg berbirat. Sekali dulu aku ada pukul adik aku. Mmg berbekas!
Now kalau dia buat hal, aku tinggal je dapur. Biar tak masak pun asal kn aku tak sakit hati then anak jadi mangsa.

Sekarang Aina dah pandai sebut perkataan satu dua patah.
AYAH,NEKNEK, KAKAK...
Ibu belum lg. Lambat sket kut.

Semoga Allah kurniakan aku hati yg lbh cekal dan sabar. Kadang2 situasi dan keadaan memaksa aku jd pemarah. And aku rasa kesan pil hormon yg aku ambil setiap hari turut menyumbang kepada perubahan emosi. Aku jadi cepat marah, tak puas hati, risau dan mcm nak menangis pun ada.
Tak ada pilihan sekarang sbb doctor diagnosed aku ada PCO (plycystic ovarian sympthom).
So slh satu cara utk kurangkn kesan ialah dgn ambil hormon tu setiap hari plus dgn usaha2 mengurangkan 10% berat badan. Setakat ni aku cuma berjaya kurangkan 4 kg jek setelah berpenat lelah meninggalkn office tepat pd waktu punch out semata2 nk kejar kelas aerobik yg bermula pukul 6. Kesannya kena bayar ot kat taska sbb ambek aina lambat. Emm kena lagi!
Dan not stop at that point, bnyk yg menanti di rumah utk diuruskan. That why aku rasa ramai ibu2 yg cepat tua sbb tension sepanjang masa!