Monday, May 12, 2008

Jammed!!

Hati ini jadi sungguh tak keruan.
Berita yg kuterima mlm tadi sungguh2 terkesan dlm hati aku sehingga terbawa2 dlm tidur.
Mana mungkin aku boleh melupakannya.
Satu yg pasti aku begitu takut sesuatu yg tak diingini akan berlaku. Ya Allah, hanya padaMu kami memohon. Tunjukkan kami jalan yg benar. Sinari hati kami dgn cahaya iman Mu.

Thursday, May 8, 2008

CW19 updated!

Sebenarnya otak aku pening sbb...mungkin pengaruh blog Faisal Tehrani. Dari minggu sudah aku tertanya2 apa isu sebenarnya. Aku mula mengikuti catatan FT melalui pautan blog dr list Fajar. Bermula dr saat itu terasa aku sebagai salah seorang peminatnya. Secara diam aku mengagumi peribadi beliau melalui tulisannya. Dan setiap Selasa aku tidak ketinggalan membaca siri Ketupat Cinta dlm slot Hati di Harian Metro. Sekali lagi otak aku buntu bagaimana mahu mengaitkan watak2 dlm cerpennya itu dgn senario sekarang. Yah..mmg betul FT mampu mempengaruhi cara aku berfikir dan menerima dunia kini.
Yang menjadi persoalan sekarang dan aku masih mencari siapakan yg benar2 boleh menjelaskan secara benar apa yg dimaksudkan dgn Syiah, yg diwar2kn oleh Mufti Perlis itu kepada FT. Tetapi otak aku buntu sbb tiada siapa yg boleh ku ajak berbincang.

Untuk sahabatku Nana,
Kalau kau terbaca blog ni, boleh kau rujuk dgn yg arif di sana sementara kau berpeluang menghadiri kelas2 utk belajar?

Terbaru aku terbaca satu artikel yg mengusulkan utk membuat satu perjumpaan utk blogger2. Ermm lambat betul depa nih. Dah lama dah benda ni bertapak baru sekarang nk sedar. Anyway, kalau bukan kesannya ke PRU 12 yg lalu, mahu tidak akan terperasan dgn teknologi blog. Tapi bila ckp pasal gathering ni teringat plak yg Astro @15 pun dah buat gathering utk chatters2 depa yg tegar.

Kebelakangan ini aku mula berkenal2 dgn rawatan perubatan Islam. Hari2 aku melawat web2 berkaitan Darussyifa & yg seangkatan dgnnya. Elok jer aku start berkenalan keluar pula berita di akhbar tentang perawat yg menyeleweng! Huh, kes itu buat aku sedikit kendur tetapi aku tahu itu mungkin perawat palsu yg berselindung di sebalik nama rawatan Islam. Sungguh hal2 yg sebegini akan mencalarkan nama baik pusat yg diwakili.

Isu kenaikan harga makanan asasi turut memberi kesan. Sedihnya bila setiap hari berita di tv memaparkn berita yg ramai manusia di luar sana saling bergaduh sbb nk dptkn makanan. Sehingga sanggup membeli kerak roti utk dimakan yg biasanya digunakan utk makanan haiwan ternakan. Tetapi kita di sini berpenyakit sbb terlebih makan dan mereka suffer sbb tak der makanan. Dan sedihnya bila dengar berita ttg taufan di Myanmar yg mengorbankan beribu2 nyawa yg kebanyakkannya anak2 kecil yg tidak tahu apa2. Bila sebut ttg Myanmar aku teringat akan satu dokumentari di Majalah 3 yg menunjukkan betapa negara itu masih jauh ketinggalan. Bagaimana mereka boleh merentasi sungai sempadan Thai setiap hari dgn menaiki tiub yg dibuat spt rakit dan hanya dikayuh dgn tangan atau kaki shj? Aduh, bagaimana kalau aku di tempat mereka? Syukurlah....keadaan aku terlalu selesa berbanding mereka.

Oh ya...utk merehatkan otak, hari minggu lepas aku ikut hubby pergi pertandingan memancing GP Joran di Desaru. Biarlah dia nak rasa. Bila dah tahu peritnya dibakar terik mentari dan letih lesu menunggu umpan disambar ikan, puas hatinya. Mungkin lambat sikit keteringinannya utk menyertai mana2 pertandingan memancing selepas ini.

Ayah: sedang berusaha utk meleraikan joran yg tersangkut. Aina, Ani & Nabil tolong berdoa semoga dpt ikan besar.
Kepada semua ibu...


Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU.

Semoga Allah memberi kita lebih kekuatan utk menjalani hidup akan datang dgn lebih cemerlang..Insya Allah.
























Wednesday, April 30, 2008

Dari Slot Harakahdaily.

Sinar cahaya ayat Al-Kursi

Lukman Hakim Fri Apr 18, 08 4:13:02 pm MYT
Hari Jumaat ini (18 April) ada beberapa e-mel saya terima sebagai panduan hidup. Ini adalah salah satu daripada e-mel itu untuk dikongsi bersama pembaca.

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam isterinya. Pada saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
1. Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir tiap-tiap shalat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat al-Kursi pada akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Duniamu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhiratmu. Yang baik daripada Allah, yang tidak elok atau kurang tepat, kelemahan saya jua. Harap dimaaf jika ada kesilapan. �

Wednesday, April 23, 2008

Menghitung hari....

Semenjak aku hantar resign letter ke HR Sumber Terang, kerja makin bertambah2 plak. Masalahnya kerja yg melibatkan complaint2 dr customer. Malas nya nak jawab. Bosan plak nak menghabiskan notis sebulan ni. Hehhehe dah tak der motivasi nak berkerja.

Tapi apa pun, since aku masih ambik gaji dr Sumber Terang, seharusnya aku membayarnya semula dgn kerja yang sepatutnya dilangsaikan.

Sewaktu surat ku berikan kepada Ravi langsung dia tidak memandang ke arah aku mahupun surat ku. Beza dgn Noordin, mula dia agak terperanjat sbb dia yg mengusulkan aku hantar resign letter sbg ugutan naik gaji. Hhhehe itu trend lama , boss. Tapi aku mengesahkannya dan kata ini bukan olok2. Tidak mahu terpengaruh dgnnya aku terus tinggalkan dia dan esoknya big boss panggil aku. Actually aku tak berapa rapat dgn Mr Woo since lbh bnyk keje aku deal dgn Ravi dan Noordin saja. So bila dia mula start ceramahnya aku cuma dengar tapi tak masuk otak. Last2 dia offer aku gaji baru. Tapi still kurang dr apa yg aku dpt...hehheheh aku pun angguk2 buat2 faham bila dia suruh reconsider then aku pun call ASM dan confirmed bila boleh mula.
Dan sekarang secara rasmi my last day in Sumber Terang will be on 20th May. Will start with ASM on 27th May.

So aku ada lbh kurang seminggu utk dimanfaatkan. And thanks to my hubby ....setelah dpt persetujuan dia benarkan aku bercuti seminggu. Dah lama sebenarnya aku teringin nak melawat rakan2 lama di Muar. Pastu nak melawat anak saudara baru ku di Lumut, Perak. Dan anak2 saudara di Shah Alam. Lama sungguh aku tidak menziarah pusara arwah anak ku. Semenjak aku dapat Aina, pusara Siti Fatimah tidak kujenguk. Aina masih kecil hendak ku bawa ke kubur, nak ditinggal di rumah dia enggan dgn orang lain. Sudahnya aku mengalah dgn tinggalkan niatku menziarah Siti Fatimah.

Esok, birthday Noordin yg ke 50. Seperti Vincent Law dulu, Noordin juga kuanggap seorang boss yg baik. Aku selalu ingin berjumpa semula dgn Vincent. Sejak dr majlis perkahwinanku dia langsung tidak kutemui malah nombor telefon juga gagal dihubungi. Aku dengar dia sudah dapat menantu mungkin sekarang dia sudah bergelar datuk. Dia sendiri berumur 2 tahun lbh tua dr ayah ku. Ahad lepas, Noordin juga telah mendapat menantu. Mungkin setahun dua lagi bakal naik pangkat jadi datuk pula. Hehehe..rasa kelakar plak sbb fizikalnya Noordin nampak aggresif dan muda. Cuma Ravi sahaja yg belum walaupun umurnya hampir menginjak 60thn. Yer lah anak dia masih muda sgt. Hari tu dia nasihatkan aku supaya merancang anak kedua dlm tempoh 6 tahun. Ermmm patut la anak dia belum kahwin, terlalu merancang rupanya! hhehehe.
Mungkinkah aku akan dapat boss2 seperti mereka di tempat baru akan dtg?

Monday, April 21, 2008

Hahaha. peduli apa

Melampau ker title entry ni?
Semlm terbaca paper muka depan lagi ttg teknologi blog & blogger. Dan tak tahan tu ada komen pasal isi blog yg mengarut2 dan patut dibakul sampahkan.
Heheheh..cam fadzila ckp, ini kan blog kiter so suka ati lar nk tulis apa kan?
Sebenarnya terasa diri sendiri.
Anyway...tak sumer org pun view blog kiter. Statistik menyatakan ada lbh 500 000 blog di Malaysia nie.
Aku rasa nnt kalau semua pak menteri dan exco2 dah ada blog, mahu berganda angka statistik tu kan???

Tak kira..nk cerita jgk.
Hehehhe. Semlm gi piknik. Ajak Aina main air laut kat Tg Balau. First time Aina mandi laut. Huh huh..mula2 takut jugak, pastu baru nk ok, ayah dh ajak balik. Dah start panas katanya. Nasib baik tak terbakar sgt. Actually ayah saja nk cuba Satria Neo baru Cik Wan.
heheheh..baru cat jer. Tak best ler.. susah nk kuarkn brg sbb 2 pintu.

And one more thing, I got new job offer at ASM Technology.
Now, preparing resignation letter from Sumber Terang.
Sedih bila ingat akan kelam kabut di Sumber Terang nnt, tapi aku kena fikir jgk ttg masa depan. I don't have strong technically knowlegde in die casting. I still depend to my Mr Noordin to support me in technical issue. And there is so limited places if I want to quit from this company in this field. So, I turn back to semi cond. By right, ASM is ST Micro supplier. Hope I can learn and get more in future. To be frank, ok...I get more offer in ASM. That the main reason..some more Saturday will be off day! But don't compare to others larr.
Could I stay in semo cond? Hopefully I could. In ST Micro I found some colleuge could lasted till retire. But in die casting I never saw any women more than 40 years works here.
But kena jgk fikir cara lain. Takkan nk mkn gaji sampai tua kan?
ermm...bila lar nk running bisnes sendiri.

Saturday, April 19, 2008

Kembali...



Seminggu meninggalkan blog tanpa diupdate. Ralit membaca blog org lain sehingga tak berkesempatan bercerita ttg diri sendiri.
Seminggu lepas berlalu dgn begitu pantas. Sedar2 Sabtu telah muncul semula. Ya begitu pantas masa meninggalkn kita.
Hujung minggu lepas kami balik kampung. Yehhh...aku rindukn kg sebenarnya. Tapi spt biasa si anak belum terbiasa dgn saudara2 dan enggan lepas dr aku. Emak mertua buat majlis sempena Maulidur Rasul. Adik iparku mengambil kesempatan mengakikahkan anaknya. Dapatlah kami merasa daging kambing akikah. Semoga Muhammad Hazim Hanafi menjadi anak yg soleh. Amin.

Sesekali berkumpul bersama ipar duai dan biras2 mcm2 yg dibualkan. Dan topik yg selalu top ialah...turn siapa pula yg mengandung kali ini? Heheheh seperti biasa ibu mertua ku pasti menerima cucu baru setiap tahun. Paling tidak seorang, malah ada satu tahun tu 3 org sekali.
Dan aku lbh2 curious, aku kah calonnya? Ermmm...tidak pasti lagi. So..nantikan keputusannya bulan depan.
Minggu lepas kami diuji sekali lagi. Permohonan adik ku yg bongsu gagal utk ke pusat matrikulasi KPM. Juga permohonan utk ke PPUM.Kami turut merasai kesedihan adik. Emak bertambah risau memikirkan nasib adik. Semoga dia ada rezeki di tempat lain. Permohonan penempatan ke IPT melalui UPU hanya kan diketahui bulan Mei ini. Tetapi kami mengesyorkn supaya adik membuat rayuan. Tempoh rayuan dibuka sehingga 30/4/2008 ini utk ke matrikulasi KPM.
Cik Com akan memulakan latihan praktikalnya mungkin dlm minggu depan. Baik2 cik com bawak motor di Shah Alam tuh.
Bila mengingatkn adik2, terasa makin cepat masa berlalu. Aku masih ingat waktu2 adik dan cik com sewaktu masih kecil dulu. Terasa sgt bila sekarang cik com bakal buat latihan praktikal utk degree nya. Insya allah..ada rezeki dia akan mula bekerja tidak lama lagi. Sungguh anak2 emak sudah besar sekarang. Tak kan aku lupa aksi2 mereka sewaktu kecil dulu. Cik com agak pendiam org nya tetapi adik agak agresif. Ada satu ketika sewaktu aku merakam gambar mereka, gambar adik tetiba ada kelibat cik com di belakangnya.
Dan begitu jgk, gambar cik com tersembul muka adik plak.

cik com, aina dan adik
Berbeza dgn adik2 lelaki ku. Perwatakan yg agak kontra. Dan ternyata kini adik ku yg ketiga kekal dgn karektornya dgn menyertai TLDM.



Adik ku yg ke 4 agak pelik. Aku masih ingat selera dia yg agak janggal dgn makan nasi berlaukkan pisang masak waktu umur 4-5 tahun begitu. Sehingga sekarang dirinya sukar dimengerti. Tak tahu bagaimana bakal isterinya mahu memahami. Dan nasibnya sama spt aku, tercampak dlm kilang yg sentiasa sibuk dgn production, yield and etc...

Semalam aku menghadiri satu temuduga. Insya allah, ada rezeki mudah-mudahan aku berjaya mendapat tempat di situ.
Pagi ini aku terima sms dr emak. Satu berita sedih. Sepupu ku di wad HSA JB kerana kemalangan. Dia sebaya adik. Sedihnya, sewaktu kami sibuk2 mahu mencari tempat utk adik, tapi pak cik ku ini lebih sibuk menanti anaknya di wad.

Semoga Ika cepat sembuh.

cik com semasa konvo diploma

Monday, April 7, 2008

Resepi Steamboat


Semalam hubby bwk gi makan steamboat kat Johhny's .
Sedap tu mmg sedap tapi tak dpt menikmati sbb Aina sibuk turun naik kerusi dan begitu aktif dgn aktivitnya mensepah2kan segala benda2 di atas meja.
Habis nasi semua terabur atas meja,kerusi dan lantai. Dan siap pijak2 lagi.
Ada sorang minah nie, sedari awal dia dah jeling2 kat kami.
Aduh..letihnya.

So, rasa mcm nk cuba jek buat sendiri kat umah.
Nnt kalau experiment ni berjaya, boleh ajak kawan2 ker, saper2 tolong memeriahkan lagi suasana layan steamboat di rumah ku.
Sapa nak join? Sila buat tempahan yer...hehehhehehe mcm menjadi lagaknya.

Dapat cari satu resepi yg agak2 boleh ditry di rumah.
Moga2 berjaya.


STEAM BOAT ORIGINAL PAK AMIR

PENYEDIAAN SUP
Di peringkat pertama ini ialah kita perlu tahu bagaimana hendak menyediakan supnya. Sup sangat penting kerana ia merupakan bahan utama untuk memasak lauk yang ada nanti. Penyediaan sup yang tidak selasi dengan citarasa Steam-Boat akan merosakkan keseluruhan juadahnya nanti.

Penyediaan sup amat mudah, dapatkan satu rangka ayam (boleh diperolehi dipasar) dan rebuskannya dengan 4 - 5 liter air dalam periuk. Tidak perlu ditumis atau buat apa-apa, hanya potong rangka ayam itu kepada beberapa bahagian dan masukkannya ke dalam periuk dan masak selama 1.5 - 2.0 jam sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 1.
Anda juga boleh masukkan beberapa ketul isi sengkuang jika mahukan kemanisan tambahan.

Selepas tempoh masakan tamat, asingkan (buang) semua tulang-tulang ayam itu sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 2 dan kemudian masukkan 3 - 4 sudu teh garam (secukup rasa).Selesai bahagian Sup.

Sup ayam ini akan dipindahkan ke dalam periuk nasi sepertimana yang ditunjukkan dalam gambarajah SteamBoat 3 dan hidupkan aliran elektrik periuk nasi elektrik tersebut. JANGAN GUNA PERIUK NASI NON-STEAK NANTI KULIT UDANG / LAUK PAUK AKAN MEROSAKKAN PERIUK TERSEBUT NANTI.

1. Bahan-bahanSecara kasarnya, segala jenis lauk boleh dijadikan sebagai sasaran bahan Steam-Boat. Namun biasanya beberapa bahan utama dipilih. Sila rujuk lagi 4 gambarajah yang dikepilkan bersama.

Bahan-bahannya semua dipotong besar-besar begitu.

Bahan-bahannya :Berbola ikan
Berbola Sotong
Berbola Ketam
Kek Ikan¨ (Segala jenis berbola dan kek ikan yang halal boleh diperolehi di mana-mana pasaraya dalam bungkusan siap tanda hala di situ)
Udang - (Dikunting janggut)
Sotong - (Dibelah dua memanjang, asingkan kepala sotong dan buang matanya)
Cuttlefish (Sotong Kembang)
Ayam - (Dibuang tulang dan dipotong memanjang)
Sea Cucumber
Tau-hu Keping
Cendawan
Mee kuningBihun - (direndam dan dilembutkan dulu)
Telor ayam
Wan Tan - (Resipi Cara membuat Wan-Tan pernah disiarkan sebelum ini, tak ada pun tak apa!)Aneka sayur - (Selalunya lobak putih atau sawi pendek macam dalam gambarajah, daunnya biar sehelai besar-besar)
Dan, tidak kurang pentingnya iaitu sos cili.

Pak Amir malas nak buat sosnya. Anda boleh buat sosnya daripada resipi yang pernah disiarkan sebelum ini, sos cili Cf. Wan. Pada Pak Amir, terdapat satu sos cili yang begitu sesuai untuk hidanganan ini ialah Sos Cili Deli'sCf yang boleh diperolehi dari mana-mana kedai Cosway. (Pak Amir beli daripada Mak Amir sahaja sos cili enak ini...hehehe)

1. Penyediaan/cara memasak
Dalam bab 2 tadi, segala bahan telah disediakan dan dihiaskan atas piring dilapit dengan daun sayuran. Dalam bab penyediaan Steam Boat ini pula, ianya mudah tetapi perlu sedikit kesabaran.Selepas dimasukkan bahan lauk tadi, tutup tudung periuk nasi dan sabar menunggu sehingga ianya mendidih dalam masa lebih kurang 5 - 10 minit.Selepas kelihatan periuk nasi dan mula berasap (bukan terbakar yer), segera buka tudung periuk nasi, jangan tunggu lama-lama nanti lauk kurang manisnya. Lihat gambarajah 6.Di peringkat ini, ianya boleh dihidangkan 3 - 4 orang dan boleh keluarkan semua lauk dalam periuk nasi dan, masukkan semula sebahagian lagi lauk mentah yang masih belum dimasak. Ulangi proses penyediaan semula sementara sedang menikmati juadah Steam Boat buat round pertama.Bila hampir selesai masak round pertama, rasanya lauk dalam periuk nasi tadi dah mula masak, dan sekali lagi buka tudung periuk nasi untuk hidangan round ke 2 segera.

1. Kemuncak Hidangan Steam Boat Original Pak AmirDah di peringkat ini bolehlah kita makan yer... musim hujan-hujan sejuk gini memang tangkap maut gituh dengan Steam boar Original Pak Amir.Lihat gambarajah SteamBoat Hidangan 1 yang Pak Amir kepilkan.Masukkan separuh/sebahagian daripada setiap piring lauk (termasuk sayuran) tadi ke dalam periuk nasi yang telah diisi dengan sup, jangan lupa hidupkan aliran elektrik periuk nasi tadi (jangan bimbang switch periuk nasi tidak akan naik dan matikan arus elektrik).

MUSTAHAK
Setelah semua lauk dimasak dan dimakan, cuba anda minum sup dia pula kali ini. Emmm...sungguh-sungguh manisnya sekali. Sangat berkhasiat sekali. Segala khasiat lauk ada dalam sup tersebut. Waktu ini, anda boleh masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya, ulangan proses penyediaan memasak tadi. Bila dah masak, boleh makan bagi sesiapa yang masih belum kenyang lagi.Aaarrrkkk...Alhamdulillah, dah Pak Amir dah kenyang nih. Korang bila lagi…?Jadikan Hidangan Steam Boat Original Pak Amir sebagai satu kenyataan dan dihidangkan di rumah bersama keluarga anda hujung minggu juga! Jangan lupa...- TAMAT -Sekian, wassalam.Pak Amir Pak Dollah.


Sos chili dari Chef Wan yer....SOS CHILI CHEF WAN
Bahan-bahan A
8 batang chili merah dimesin halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan gula halus
¼ cawan air
¼ cawan cuka
4 camca besar sos napla
4 camca besar kacang tumbuk

Cara-cara membuat
Di dalam periuk masak bahan-bahan A sampai pekat umpama sirap gula. Sebelum dihidangkan ditabur kacang tumbuk