Saturday, November 8, 2008

2nd appointment

Agak lama berehat dr mengupdate blog ni. Setiap kali access internet aku sibuk baca blog kawan2. Walaupun dah ada line sendiri tapi masa terhad. Kena tunggu aina tidur baru boleh on. Kalau tidak habis setiap key atas keyboard nie dia nak tekan2. Some more aku lbh suka baca blog kwn2. Lbh bnyk kisah dan cerita mereka. Kehidupan aku sama jek.
Kadang2 aku rasa bosan melalui hari2 yg sama. tapi life musy be go on.
Semoga satu hari nnt aku akan bertemu dgn apa yg aku impikan.

Semlm dpt call dr Wir. Thanks Wir sbb masih ingat aku. Kebetulan aku masih on mc utk hari ke3.
Itu lah aku..setiap kali aku pregnant, mesti mc aku aku berjela2. Problem yg sama ketika aku mengandungkan aina. Bleeding! And after confirmed, aku kena buat lagi circlarge utk kali keduanya. Masih buat dgn doktor yg sama. Dr Noor Aini dr Puteri Hospital. Dia masih ingat kes aku 2 tahun lepas. Tapi kali ni aku lbh bersedia mental. Mungkin usia kandungan yg masih awal ( minggu ke 14), kebarangkalian berjaya adalah lbh tinggi sbb bukaan cuma 1cm berbanding sebelum ini rahim aku telah bukak 3cm pada usia kandungan baru mencecah 24 minggu. Hampir2 aku kehilangan aina, tapi mmg Alllah Maha kuasa menentukan segalanya.

Isnin ini, aku akan kembali ke Puteri utk prosedur yg sama. Masalahnya cuma Aina. Pening aku memikirkan bagaimana dia nnt bila aku di wad. Seakan dia tahu keadaan aku, ragamnya semakin menjadi2. Mcm2 kerenah yg tak pernah dia buat muncul satu2. Merengek sepanjang hari di taska dgn memanggil2 "IBU, IBU!". langsung tak mahu dgn ayahnya sampai salam pun tak nak. Kencing semasa aku sdg sibuk mencari bajunya setelah selesai mandi. mengamuk2 tgh2 mlm bila sedar dr tidur. Kdg2 aku seakan hilang sabar dgn kerenah nya. Korang tahu apa yg dia sdg buat sekarang, mengetuk2 jeli dgn bontot cawan atas lantai. sibuk sgt nakkan jeli tu. bila bagi itulah yg dia buat.

Rumah aku tak yah cerita. Bersepah2 mcm anak 7-8 org. Aku letih lipat kain, tahu2 nnt dah bersepah balik sbb hobi aina yg suka selongkar kain baju yg dah dilipat.
Subhanaallah...

Aku rasa something sekarang. Aku tak tahu apa tapi aku mcm sdg berfikir masalah yg berat. Aku under stress ker? Atau itu mmg emosi ibu mengandung? Cemburu dgn org lain dan mcm2 lagi.

Berjumpa kembali minggu depan. Semoga segalanya berjln lancar dan segalanya selamat.
Aina telah kembali mengganas.

Sunday, September 7, 2008

Salam Ramdhan

Salam Ramadhan buat semua.

Jadual di bulan puasa ni seakan berubah bg aku. Mungkin baru semiggu so aku belum lagi dpt mengadaptasi dgn pertukaran jadual harian. Ada waktu2 aku rasa begitu letih & tak mampu berfikir.

Bangun seawal 4 pg utk menyiapkan sahur dan kemudian meneruskan hari2 spt biasa di tempat kerja. Terasa masa begitu cepat berlalu sehingga selalunya aku tak sempat nak pulang ke rumah utk menyiapkan juadah berbuka. Sedihnya...Aina akan merupakan org yg paling akhir tinggal di taska sbb parents lain akan pulang awal pd bulan puasa nih. Melayan Aina membuatkn aku tambah letih. Dan aku akan ikut sama tidur bersamanya. Dan kesannya...aku rasa komunikasi dgn husband semakin kurang.

Sepanjang minggu lepas tidur aku terganggu dgn kerja2 di office yg sentiasa tertangguh. Setiap hari mesti ada benda yg aku kena buat, tapi aku tak nampak mana effectivenya semua2 yg dia suruh buat tu. Tension betul aku. Aku naik menyampah tengok muka dia.
Padan muka ..aku tinggalkan jer tadi. Mana larat nak ari2 balik jer dah terlepas waktu berbuka.
ehheeh..esok lain cerita. malas nak fikir.

Membaca blog Fajar membuat hatiku tersentuh. Semoga kalian tetap sabar dan kami sama2 mendoakan semoga putera mu kembali sihat dan mampu berjuang utk sama2 menikmati hidup di bumi ini.

Saturday, August 23, 2008

new boss & 2nd birthday...

I got new boss now. Officially on last Monday. By right i should be happy coz got some person will monitor my job and have somebody to protect us and be the intermidiate to top mgmt. So far i sooo blurr. I need to report to production manager. It's not right...i take care of QA...but so different with ST QA. QA is only for outgoing! And I become blurr and blur with the politic here. Soo..headache.

But..new boss mean...new jobs = more jobs awaiting me. There is a long list need to be done by next week. Emmm..no more ular2. Hehhehe..2 months i really enjoy my time.

Tomorrow my sweet heart will be 2 years old. HAPPY BIRTHDAY AINA.....
Ibu doakan semoga aina jadi anak soleh...jadi anak yg bijak dan berjasa. Jgn nakal2. Ibu kalau boleh x nak marah2 aina. Tapi kdg2 ibu out of control. Semoga Allah kurniakn hati ibu spy jadi lbh penyabar.

Tak lama lg Ramadan akan menjelang. Terlalu cepat masa berlalu dan apa yg dah dicapai selama ini? Semoga Ramadan kali ini akan membawa lbh makna dan erti kpd kami. Semoga aku diberi kekuatan utk menyempurnakan ramadan kali ini dgn lbh meriah. Bukan setakat beraya dgn baju baru dan open house, malah lbh dari itu.

Monday, August 18, 2008

kembali 18082008

Salam...

Heheheh..punya lah lama aku x menginternetkn diri. Sekarang dah tak susah, aku dah pasang line sendiri. Hehheehh yahoo....x yah g cc lagi. Ermm bestnya. emm tapi kn kenalah tambah satu lg bil bulanan.

So..aku blh update blog ari2. Fadzila..aku tgk blog ko dah berubah rupa. Tapi x sempat nak baca lagi.
So..sekadar nk bgtau...aku dah kembali.

OK..nk melawat blog2 korang.
so..jumpa lagi semua.


salam..

Saturday, July 5, 2008

I'm back..

Kesian aku..bila dah start keje baru tiada kemudajan internet. Tu sbb aku stop berinternet tu. Ni ambek kesempatan g cc tuk bukak email.
Mesti budak2 kt cc ni dok jeling2 aku sbb aku angkut si aina dgn botol susu nya ke cc.
hehhehe.

Nana...
Aku nmapak nama Marsoni dlm drawing2 kt ASM. Dulu dia keje kt tmpt aku keje skrang.
Hehheeh..selalu ingat ko klau nampak nama dia.

ok..
semoga berjumpa lg.


salam.

Monday, May 12, 2008

Jammed!!

Hati ini jadi sungguh tak keruan.
Berita yg kuterima mlm tadi sungguh2 terkesan dlm hati aku sehingga terbawa2 dlm tidur.
Mana mungkin aku boleh melupakannya.
Satu yg pasti aku begitu takut sesuatu yg tak diingini akan berlaku. Ya Allah, hanya padaMu kami memohon. Tunjukkan kami jalan yg benar. Sinari hati kami dgn cahaya iman Mu.

Thursday, May 8, 2008

CW19 updated!

Sebenarnya otak aku pening sbb...mungkin pengaruh blog Faisal Tehrani. Dari minggu sudah aku tertanya2 apa isu sebenarnya. Aku mula mengikuti catatan FT melalui pautan blog dr list Fajar. Bermula dr saat itu terasa aku sebagai salah seorang peminatnya. Secara diam aku mengagumi peribadi beliau melalui tulisannya. Dan setiap Selasa aku tidak ketinggalan membaca siri Ketupat Cinta dlm slot Hati di Harian Metro. Sekali lagi otak aku buntu bagaimana mahu mengaitkan watak2 dlm cerpennya itu dgn senario sekarang. Yah..mmg betul FT mampu mempengaruhi cara aku berfikir dan menerima dunia kini.
Yang menjadi persoalan sekarang dan aku masih mencari siapakan yg benar2 boleh menjelaskan secara benar apa yg dimaksudkan dgn Syiah, yg diwar2kn oleh Mufti Perlis itu kepada FT. Tetapi otak aku buntu sbb tiada siapa yg boleh ku ajak berbincang.

Untuk sahabatku Nana,
Kalau kau terbaca blog ni, boleh kau rujuk dgn yg arif di sana sementara kau berpeluang menghadiri kelas2 utk belajar?

Terbaru aku terbaca satu artikel yg mengusulkan utk membuat satu perjumpaan utk blogger2. Ermm lambat betul depa nih. Dah lama dah benda ni bertapak baru sekarang nk sedar. Anyway, kalau bukan kesannya ke PRU 12 yg lalu, mahu tidak akan terperasan dgn teknologi blog. Tapi bila ckp pasal gathering ni teringat plak yg Astro @15 pun dah buat gathering utk chatters2 depa yg tegar.

Kebelakangan ini aku mula berkenal2 dgn rawatan perubatan Islam. Hari2 aku melawat web2 berkaitan Darussyifa & yg seangkatan dgnnya. Elok jer aku start berkenalan keluar pula berita di akhbar tentang perawat yg menyeleweng! Huh, kes itu buat aku sedikit kendur tetapi aku tahu itu mungkin perawat palsu yg berselindung di sebalik nama rawatan Islam. Sungguh hal2 yg sebegini akan mencalarkan nama baik pusat yg diwakili.

Isu kenaikan harga makanan asasi turut memberi kesan. Sedihnya bila setiap hari berita di tv memaparkn berita yg ramai manusia di luar sana saling bergaduh sbb nk dptkn makanan. Sehingga sanggup membeli kerak roti utk dimakan yg biasanya digunakan utk makanan haiwan ternakan. Tetapi kita di sini berpenyakit sbb terlebih makan dan mereka suffer sbb tak der makanan. Dan sedihnya bila dengar berita ttg taufan di Myanmar yg mengorbankan beribu2 nyawa yg kebanyakkannya anak2 kecil yg tidak tahu apa2. Bila sebut ttg Myanmar aku teringat akan satu dokumentari di Majalah 3 yg menunjukkan betapa negara itu masih jauh ketinggalan. Bagaimana mereka boleh merentasi sungai sempadan Thai setiap hari dgn menaiki tiub yg dibuat spt rakit dan hanya dikayuh dgn tangan atau kaki shj? Aduh, bagaimana kalau aku di tempat mereka? Syukurlah....keadaan aku terlalu selesa berbanding mereka.

Oh ya...utk merehatkan otak, hari minggu lepas aku ikut hubby pergi pertandingan memancing GP Joran di Desaru. Biarlah dia nak rasa. Bila dah tahu peritnya dibakar terik mentari dan letih lesu menunggu umpan disambar ikan, puas hatinya. Mungkin lambat sikit keteringinannya utk menyertai mana2 pertandingan memancing selepas ini.

Ayah: sedang berusaha utk meleraikan joran yg tersangkut. Aina, Ani & Nabil tolong berdoa semoga dpt ikan besar.
Kepada semua ibu...


Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU.

Semoga Allah memberi kita lebih kekuatan utk menjalani hidup akan datang dgn lebih cemerlang..Insya Allah.