salam...
hati tergerak utk menulis sst dlm blog. walaupun dah agak lama meninggalkannya tanpa apa2 perkembangan.
mcm biasa aku suka baca blog2 kawan yg lain spt ummu hanafi, fadzila, fajar, zetty yg sememangnya rajin mencurahkn idea dan berkongsi maklumat. sekurang2 nya aku tahu perkembangan berita mereka. dan jutaan simpati pada fajar dan keluarga yg diuji dgn ujian yg begitu berat. kak su doakan semoga keajaiban itu akan muncul buat kalian. insyaallah.
sekarang usia kandunganku sudah masuk ke minggu 30. alhamdullillah..aku masih boleh bertahan dan doaku semoga Allah izinkn sehingga cukup bulan. walaupun ku kira hampir 4-5 kali aku terpaksa mc sbb bleeding yg tentunya cukup merisaukan. bimbang sst yg tidak diingini terjadi. seminggu lepas berat badanku mencecah 78kg. heheheheh....walaupun aku rasa pregnant kali ini aku tak begitu rasa nak makan, tp lbh berat dr masa aku mengandung aina. masa aina 37 minggu di dlm kandungan berat aku sekitar 79kg. aku masih ada 7 minggu lagi utk buat perbandingan.
mengandung kali ini begitu menduga perasaan. mcm2 berlaku. entah lah...kdg2 rasa malas nak fikir. biarlah apa nak jadi pun. tapi bila terfikir balik sampai bila nak mcm ni.
dah 2 hari aina mcm demam. tapi dia tak melepek sgt. masih aktif tp agak kurang. pengasuh kata dia semcm diserang campak. ruam2 kat badan buat dia rasa gatal2. kesian aku tgk syik menggaru2. tak lena tidur. bila tak sihat dia lbh manja. nak berdukung. aku rasa mcm sesak dgn perut yg besar ni. tapi melayan dia buat aku gembira. aina mula pandai menyanyi mengikut lagu yg dia dengar dr cd. walaupun terpaksa dengar lagu tu berulang2 nak buat cam ner? ikutkn jer la.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yuhuuuuuu...pktn yg sama...sabar ye...sayang ko..
Post a Comment