Semenjak aku hantar resign letter ke HR Sumber Terang, kerja makin bertambah2 plak. Masalahnya kerja yg melibatkan complaint2 dr customer. Malas nya nak jawab. Bosan plak nak menghabiskan notis sebulan ni. Hehhehe dah tak der motivasi nak berkerja.
Tapi apa pun, since aku masih ambik gaji dr Sumber Terang, seharusnya aku membayarnya semula dgn kerja yang sepatutnya dilangsaikan.
Sewaktu surat ku berikan kepada Ravi langsung dia tidak memandang ke arah aku mahupun surat ku. Beza dgn Noordin, mula dia agak terperanjat sbb dia yg mengusulkan aku hantar resign letter sbg ugutan naik gaji. Hhhehe itu trend lama , boss. Tapi aku mengesahkannya dan kata ini bukan olok2. Tidak mahu terpengaruh dgnnya aku terus tinggalkan dia dan esoknya big boss panggil aku. Actually aku tak berapa rapat dgn Mr Woo since lbh bnyk keje aku deal dgn Ravi dan Noordin saja. So bila dia mula start ceramahnya aku cuma dengar tapi tak masuk otak. Last2 dia offer aku gaji baru. Tapi still kurang dr apa yg aku dpt...hehheheh aku pun angguk2 buat2 faham bila dia suruh reconsider then aku pun call ASM dan confirmed bila boleh mula.
Dan sekarang secara rasmi my last day in Sumber Terang will be on 20th May. Will start with ASM on 27th May.
So aku ada lbh kurang seminggu utk dimanfaatkan. And thanks to my hubby ....setelah dpt persetujuan dia benarkan aku bercuti seminggu. Dah lama sebenarnya aku teringin nak melawat rakan2 lama di Muar. Pastu nak melawat anak saudara baru ku di Lumut, Perak. Dan anak2 saudara di Shah Alam. Lama sungguh aku tidak menziarah pusara arwah anak ku. Semenjak aku dapat Aina, pusara Siti Fatimah tidak kujenguk. Aina masih kecil hendak ku bawa ke kubur, nak ditinggal di rumah dia enggan dgn orang lain. Sudahnya aku mengalah dgn tinggalkan niatku menziarah Siti Fatimah.
Esok, birthday Noordin yg ke 50. Seperti Vincent Law dulu, Noordin juga kuanggap seorang boss yg baik. Aku selalu ingin berjumpa semula dgn Vincent. Sejak dr majlis perkahwinanku dia langsung tidak kutemui malah nombor telefon juga gagal dihubungi. Aku dengar dia sudah dapat menantu mungkin sekarang dia sudah bergelar datuk. Dia sendiri berumur 2 tahun lbh tua dr ayah ku. Ahad lepas, Noordin juga telah mendapat menantu. Mungkin setahun dua lagi bakal naik pangkat jadi datuk pula. Hehehe..rasa kelakar plak sbb fizikalnya Noordin nampak aggresif dan muda. Cuma Ravi sahaja yg belum walaupun umurnya hampir menginjak 60thn. Yer lah anak dia masih muda sgt. Hari tu dia nasihatkan aku supaya merancang anak kedua dlm tempoh 6 tahun. Ermmm patut la anak dia belum kahwin, terlalu merancang rupanya! hhehehe.
Mungkinkah aku akan dapat boss2 seperti mereka di tempat baru akan dtg?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semoga hijrahmu membawa sinar baru dalam kehidupan..good luck wak..
Post a Comment