Friday, June 19, 2009

MENGAPA DIRINDU

Mengapa Dirindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu


Aku minat betul dgn lagu nih. Lirik dan melodinya memikat hati. Agaknya kalau tersenarai dlm Jgn Lupa Lirik...mesti aku boleh "kunci" terus. hehhehehe.
Sebenarnya mahu bersantai otak. Baru jek lps melawat blog FT.
FT kuar TV3? Alahai...terlepas info lerr. Ruginyer x nampak mukanya yg real. Nak baca blog FT nih kena bersedia minda. Kalau tdk pening tgh jln. Maklumlah...kita ni otak berkarat2.
Hehehhehe... tambah plak mata dah semakin mengantuk.

Anyway...tomorrow is hubby's birthday.
Happy birthday honey!


Wednesday, June 17, 2009

Anak soleh...

Aku masih belum lagi puas hati dgn tuned hidup sekarang. Harap2 segalanya akan bertambah baik bila aku mula bekerja nnt. bimbang mahu meninggalkan anak2 di rumah. tapi hidup mesti diteruskan.

hujung minggu ini "gigi" sari siap. tak pasal2 aku kena kuar duit buat set gigi baru utk my maid. ini sumer gara2 anak soleh ku si aina. ntah antu apa yg merasuk dia memukul mikrofon tu ke arah my maid and pecah gigi dia. sian..seminggu org tu boleh mkn sempurna. so..aku rasa bertanggungjwb mengganti giginya itu. masya allah..mcm2 yg aina buat sepanjang 2 bulan ni.
kdg2 aku betul2 teruji dgn perangai dia. sehingga mlm semlm aku berkesempatan mencuri baca majalah dan terbaca satu artikel dan menyedarkn aku betapa anak itu tak bersalah. kesalnya bila teringat aku selalu naik angin dgn telatah dia.

petang tdi aku tergerak call my tech. some new things updated at my work place. ermm..cepatnya cuti dah nak abis. terasa malas nak menghadapi suasana kerja yg menegangkn.
and....i called kak anon..my former doc con at sumber terang. updated...mr noordin dah resigned. i will miss him. nasib baik aku resigned dulu, kot dibuat dia tinggalkn aku...lg ler aku tak der sapa back up. hhehehe...kdg2 fikir rasa kelakar plak. tapi kerja dgn dia mmg best. last aku jumpa dia masa kenduri kahwin anaknya. itulah 1st time aku attend wedding kat luar malaysia. hehhehe singapore jek. mungkin sekarang noordin dah dpt pangkat datuk!

iman semakin membesar. last 2 days aku bawa dia jumpa doctor sbb dia nmpk mcm x selesa bila nak buang air. so according to doctor, dia bnyk angin. tak tau ler mugkin dia sensitif dgn apa yg aku mkn sbb dia masih lg susu badan. berat dia dah pun jejak ke 5 kg.

aku berkira2 nak turnkn berat badan. masih lagi teruskn jamu st yg aku beli sebelum bersalin dulu. harap2 berkesan. tapi jamu kg yg aku beli dgn bidan urut tu mcm masalah sket. setiap kali aku berhenti makan, nifas mcm stop, tapi bila aku ambil balik, darah kuar semula. so..aku teruskn dgn harapan darah tu biar habis kuar bersih. my maid pun heran sbb aku masih nifas sdgkn dah lbh 40 hari..tapi apa nk heran..sebelum ni pun aku kotor sepjg 60 hari. waktu maximum.

aku gembira bila ada sorang kawan lama menjenguk blog ku. Hurul!...selamat berjumpa kembali. mmg aku mencari kwn2 utk berkomunikasi, at least ada benda yg nak diborakkn. tak ler aku asyik menjeruk rasa dgn suami yg selalu dpt enjoy dgn kwn2 nya.
semlm dia dgn bangga beritahu this weekend nak celebrate his birthday plus father's day dgn kwan2. ermm lantak ler..aku akan buat bodo jek dgn birthday dia. apa nak susah2, dia tak harap pun dari aku kan? actually,,hari bapa kan celebrate dgn anak2 sbb dia jadi bapa sbb ada anak?
entah...aku rasa sgt tidak puas hati.

kak long selamat kembali dari umrah isnin lepas. syukur...semuanya selamat. bila agaknya aku nak menuruti jejak mereka?

Membaca blog Nana, aku tumpang gembira dgn percutiannya ke Europe. Sebenranya aku juga terlalu ingin ke sana. Serasa cnatik pemandangan di Rome & Italy.
Syok nya kalau ada duit kan???

Tuesday, June 9, 2009

new life!

Baru ada waktu yg terluang utk aku mengupdate blog. Sungguh betul2 aku dikejar masa yg spt terlalu sempit ruang litupnya semenjak aku menjadi ibu kpd 2 org anak.

Alhamdullilah...aku selamat melahirkan Muhammad Iman Haritz pada Isnin 11.41 pg 4 hb Mei 2009. Itu pun setelah genap 2 minggu aku bercuti awal sbb bukak jahit cerclage yg aku buat di Puteri tempohari. Bosan menunggu bila nak bersalin dan tambah tension bila sumer org tanya bila nak beranak. Akhirnya bayi ku yg seberat 3.25kg itu kulahirkan selepas hampir 4 jam bertarung dgn kesakitan yg tak boleh dikatakan. Nampak sedikit pjg kepalanya sbb mengikut kata doktor aku meneran terlalu awal. tp aku mmg rasa nak kuar so aku teran ler..

Sejujurnya sakit tu tdk lar berapa terasa tetapi waktu berpantang tu lah yg aku betul2 teruji. Iman tdk terlalu cerewet. tdk spt aina yg kuat menangis. tapi emosi aku yg mmg tak terkawal. dgn luka jahit yg membengkak, ditambah dgn bengkak susu dan pergerakan yg terhad, aku jadi tak keruan bila aina buat hal. subhanallah...boleh meroyan aku melayan kerenah dia. mcm2 yg dia buat. aku beritahu suami slps ni aku akan berkira kalau nak bersalin lg. aku boleh kalau jaga yg bayi saja. anak2 yg besar dia jaga. aku cuma khuatir dia buat sst pd adiknya. minta dijauhkan. cuaca yg agak terik menambah seksa. kasihan, iman & aina naik ruam di badan sbb asyik berpeluh2 jek. lain mcm panas kali nih. aku pun tak tahan. gatal2 perut sbb peluh kena bengkung. param dgn pilis aku pakai sekejap jek sbb aku tak tahan bau dgn sepah2 nya. tau je lah bila dah berpeluh bau badan pun busuk tambah dgn masam param tu,huh sgt2 tidak positif!

hari nih pertama kali aku drive sendiri slps bersalin. mmg tak ikut berpantang 44 hari sbb susah sgt mintak tolong suami pegi beli brg. last2 aku kuatkan dan pegi sendiri. at least aku masih ingat cam ner nak bawak keta. hhehehe.

okey..iman dah start meragam .
mmg cemburu kalau aku free.
masing2 dgn perangai.

Sunday, March 1, 2009

1st in year 2009

salam...
hati tergerak utk menulis sst dlm blog. walaupun dah agak lama meninggalkannya tanpa apa2 perkembangan.
mcm biasa aku suka baca blog2 kawan yg lain spt ummu hanafi, fadzila, fajar, zetty yg sememangnya rajin mencurahkn idea dan berkongsi maklumat. sekurang2 nya aku tahu perkembangan berita mereka. dan jutaan simpati pada fajar dan keluarga yg diuji dgn ujian yg begitu berat. kak su doakan semoga keajaiban itu akan muncul buat kalian. insyaallah.

sekarang usia kandunganku sudah masuk ke minggu 30. alhamdullillah..aku masih boleh bertahan dan doaku semoga Allah izinkn sehingga cukup bulan. walaupun ku kira hampir 4-5 kali aku terpaksa mc sbb bleeding yg tentunya cukup merisaukan. bimbang sst yg tidak diingini terjadi. seminggu lepas berat badanku mencecah 78kg. heheheheh....walaupun aku rasa pregnant kali ini aku tak begitu rasa nak makan, tp lbh berat dr masa aku mengandung aina. masa aina 37 minggu di dlm kandungan berat aku sekitar 79kg. aku masih ada 7 minggu lagi utk buat perbandingan.

mengandung kali ini begitu menduga perasaan. mcm2 berlaku. entah lah...kdg2 rasa malas nak fikir. biarlah apa nak jadi pun. tapi bila terfikir balik sampai bila nak mcm ni.

dah 2 hari aina mcm demam. tapi dia tak melepek sgt. masih aktif tp agak kurang. pengasuh kata dia semcm diserang campak. ruam2 kat badan buat dia rasa gatal2. kesian aku tgk syik menggaru2. tak lena tidur. bila tak sihat dia lbh manja. nak berdukung. aku rasa mcm sesak dgn perut yg besar ni. tapi melayan dia buat aku gembira. aina mula pandai menyanyi mengikut lagu yg dia dengar dr cd. walaupun terpaksa dengar lagu tu berulang2 nak buat cam ner? ikutkn jer la.